Utama Mobile Aplikasi Apple Pay dilaporkan muncul pada papan tanda di Maxis Centre

Apple Pay dilaporkan muncul pada papan tanda di Maxis Centre

16
0
Apple Pay Maxis Centre

Beberapa minggu lepas kita telah menyaksikan tanda-tanda kedatangan Apple Pay ke Malaysia dan kini dilaporkan telah ditunjukkan pada papan tanda di salah sebuah Maxis Centre di Lembah Klang.

Menurut perkongsian oleh pengguna Twitter @riisams, beliau telah menemukannya di sebuah Maxis Centre di Selangor pada pagi tadi.

Sungguhpun kemunculan papan tanda berkenaan memberikan harapan buat pengguna di Malaysia, buat masa ini pengguna masih lagi belum boleh memautkan kad pembayaran ke aplikasi Wallet masing-masing.

Sebelum ini Shopee Malaysia juga telah menambah Apple Pay sebagai salah satu pilihan kaedah pembayarannya. Sungguhpun pilihan berkenaan telah tersedia, fungsinya masih lagi belum boleh digunakan lagi.

Dijangkakan sokongan kaedah pembayaran melalui Apple Pay di Malaysia akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Artikel sebelum iniHONOR X8 5G diperkenalkan secara rasminya di Malaysia, Berharga RM999
Artikel seterusnyaXOX perkenalkan Pelan Prabayar WAWA 18 & WAWA 35, Harga dari serendah RM18 sebulan
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.