HONOR mencatatkan lonjakan jualan yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 333 peratus bagi siri N (telefon pintar mercu mampu milik atau accessible flagship) di rantau Asia Tenggara.
Kejayaan luar biasa pada tahun 2025 ini turut memacu kedudukan HONOR sebagai pengeluar peralatan asal (OEM) telefon pintar nombor satu di Malaysia dari segi jumlah keseluruhan jualan.
Pertumbuhan mendadak di luar pasaran China ini disumbangkan oleh pelancaran siri HONOR 400. Ia membawa penambahbaikan besar pada sistem kamera, ketahanan bateri, serta ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) berbanding model siri 200 sebelum ini.
Permintaan tinggi ini membuktikan peranti bertaraf mercu dengan harga yang kompetitif semakin menjadi pilihan utama pengguna global.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Counterpoint Research, jualan siri HONOR 400 merekodkan lonjakan drastik dalam tempoh tiga suku pertama di pasaran utama dunia.
Jualan HONOR melonjak di Asia Tenggara dengan encatatkan peningkatan jualan tertinggi sebanyak 333 peratus.
Pasaran antarabangsa lain seperti Asia Barat dan Afrika meningkat 319 peratus, dengan Amerika Latin pada 215 peratus. Manakala Eropah pula mencatat kenaikan 107 peratus.
HONOR juga berjaya melebarkan pengaruhnya dengan pantas dan kini merangkul kedudukan sebagai jenama telefon pintar nombor satu secara keseluruhan di Malaysia.
Di dalam kategori Accessible Flagship di Malaysia, HONOR memintas pesaing utama seperti Google dan Xiaomi untuk bergelar jenama Android kedua terbesar.
Secara keseluruhannya, strategi HONOR telah terbukti membuahkan hasil yang sangat berkesan terutamanya di Malaysia yang menyaksikan jenama tersebut semakin dipercayai oleh pengguna.












