Utama Android Honor HONOR 100 diperkenalkan secara rasminya; Hadir dengan Snapdragon 7 Gen 3 dan...

HONOR 100 diperkenalkan secara rasminya; Hadir dengan Snapdragon 7 Gen 3 dan Pro dengan Snapdragon 8 Gen 2

138
0

HONOR 90 sebelum ini telah dilancarkan pada pertengahan tahun ini dan kesinambungan daripadanya, HONOR 100 pula dilancarkan baru-baru ini. Hadir dengan dua model, siri telefon pintar ini turut memperkenalkan pemprosesan peringkat menengah baharu daripada Qualcomm.

HONOR 100 menampilkan skrin OLED 6.7-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan tahap kecerahan puncak sehingga 2,600 nits. Ia merupakan antara telefon pintar pertama yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dengan ketersambungannya menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, 5G dan NFC.

Manakala untuk HONOR 100 Pro pula, ia mempunyai skrin yang sedikit besar pada 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan tahap kecerahan puncak sehingga 2,600 nits. Pemprosesannya pula menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 dengan ketersambungannya juga menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, 5G dan NFC.

Fotografi bagi kedua-dua telefon pintar ini menggunakan kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 12mP dan kamera hadapan 50MP. Cuma untuk model Pro ia mempunyai sebuah lagi kamera di belakangnya yang hadir melalui bentuk kamera telefoto 32MP dengan zum optikal 2.5x dan OIS. Ia juga mempunyai sensor berkedalaman yang bersebelahan dengan kamera hadapannya.

Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 100W. Hanya model Pro sahaja yang menyokong pengecasan nirwayar 66W dengan pengecasan berbalik nirwayar.

Harga HONOR 100 bermula dari CNY2,499 (~RM1,640) manakala HONOR 100 Pro pula harganya bermula dari CNY3,399 (~RM2,230). Setakat ini masih belum diketahui bilakah telefon pintar baharu keluaran HONOR ini akan hadir ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.