HONOR Magic V6 melakar sejarah tersendiri apabila merangkul dua anugerah berprestij di Anugerah Mudah Alih Global Asia (GLOMO Awards Asia) sempena Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) Shanghai 2026 pada 24 Jun lalu.

Telefon pintar boleh lipat baharu ini berjaya menewaskan produk terkemuka industri termasuk iPhone 17 Pro untuk memenangi anugerah “Telefon Pintar Terbaik di Asia” dan “Inovasi Peranti Berimpak Tinggi” (Disruptive Device Innovation).

Pencapaian ini meletakkan HONOR Magic V6 sebagai produk pertama dalam sejarah GLOMO yang menerima kedua-dua penghormatan tersebut secara serentak.

Kemenangan ini menonjolkan keupayaan luar biasa HONOR Magic V6. Ia juga membuktikan kejayaan berterusan syarikat tersebut dalam mencetuskan inovasi teknologi baharu.

Peranti ini melonjakkan pengalaman penggunaan telefon pintar boleh lipat dengan menggabungkan profil rekaan yang sangat nipis, ketahanan bateri yang memecahkan rekod, serta tahap ketahanan fizikal bertaraf peranti mercu. Selain itu, ia turut menyokong kesambungan merentas ekosistem Apple secara lancar.

Dilengkapi dengan ejen kecerdasan buatan (AI) yang pintar dan keupayaan berbilang tugas pada skrin besar, Magic V6 melangkaui fungsi sebuah telefon pintar biasa untuk bertindak sebagai alat produktiviti dunia nyata yang berkuasa.

Dari segi spesifikasi teknikal, kehebatan peranti ini disokong oleh Bateri Karbon-Silikon HONOR berkapasiti luar biasa besar iaitu 6,660mAh. Ia merupakan kapasiti bateri paling besar yang pernah dimuatkan ke dalam sebuah telefon pintar boleh lipat setakat ini.

Penggunaan teknologi bateri inovatif dengan kandungan silikon sekitar 25 peratus dan ketumpatan tenaga setinggi 921Wh/L ini membolehkan peranti membekalkan kapasiti tenaga yang tinggi tanpa menjadikan reka bentuk fizikalnya tebal atau berat.

Sebagai rekod, kepakaran syarikat ini dalam teknologi tenaga bukanlah sesuatu yang baharu. Terdahulu pada Mac lepas, HONOR telah dianugerahkan “Inovasi Peranti Berimpak Tinggi Terbaik” oleh GLOMO di MWC Barcelona 2026 atas kejayaan mereka dalam melaksanakan dan mengkomersialkan teknologi bateri karbon-silikon tersebut.

Tinggalkan komentar