Utama Android Oppo OPPO App Market kini menawarkan Fortnite untuk Android di Asia Tenggara

OPPO App Market kini menawarkan Fortnite untuk Android di Asia Tenggara

194
0

OPPO baru-baru ini telah mengumumkan kerjasamanya dengan Epic Games untuk melancarkan permainan video popular Fortnite menerusi OPPO App Market di Asia Tenggara.

Pengguna-pengguna di Indonesia, Thailand, Filipina, Malaysia dan Vietnam berpeluang menikmati permainan tersebut menerusi peranti Android. Selain lima buah negara Asia Tenggara berkenaan, Fortnite pada Android tersebut juga ditawarkan kepada pengguna di India.

Bagaimanapun, tidak semua telefon pintar keluaran OPPO menyokong pemasangan Fortnite tersebut. Buat masa ini, berikut adalah telefon pintar yang menyokong Fortnite pada Android melalui OPPO App Market:

Kesemua telefon pintar yang dinyatakan tersebut menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon. Model-model yang menggunakan pemprosesan MediaTek dan Unisoc buat masa ini masih belum menawarkan sokongan tersebut.

OPPO App Market merupakan gedung digital kedua di Android yang menawarkan Fortnite secara rasminya selepas Samsung Galaxy Store. Fortnite tidak disenaraikan di dalam gedung Google Play Store berikutan isu perundangan yang melibatkan pembangun permainan tersebut Epic Games dengan Google sejak 2020.

Pengguna Android lain bagaimanapun masih boleh memuat turun Fortnite versi Android dengan memuat turunnya terus dari laman web rasmi Epic Games.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.