Utama Android Samsung Foto Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan Tertiris di Internet

Foto Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan Tertiris di Internet

131
0

Pelancaran siri Samsung Galaxy S24 dijangka akan dibuat pada 17 Januari 2024 dan memandangkan tarikh tersebut kian hampir, mungkin lebih banyak maklumat mengenainya akan tertiris. Terkini, foto yang didakwa sebagai Galaxy S24 Ultra pula telah tersebar di internet.

Sekilas pandang, telefon pintar berwarna perak berkenaan kelihatan seperti Galaxy S23 Ultra. Namun, jika diteliti dengan lebih dekat lagi, foto telefon pintar berkenaan menunjukkan Galaxy S24 Ultra kelak mungkin akan mempunyai skrin dan permukaan yang lebih rata.

Tatasusunan kameranya juga kelihatan masih lagi kekal sama dengan empat buah kamera. Tidak dapat dipastikan sama ada telefon pintar di dalam foto berkenaan menggunakan kerangka titanium seperti yang diuar-uarkan di internet atau menggunakan Armor Aluminium seperti yang digunakan pada siri S23.

Samsung dijangka akan mengumumkan siri Galaxy S24 pada 17 Januari menerusi sebuah acara khas yang diadakan di San Jose, California. Pra-tempahan dikatakan akan bermula sejurus pengumuman rasmi tersebut dibuat dengan jualannya bermula seminggu selepas itu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.