Utama Mobile Aplikasi WhatsApp kini mula menawarkan sokongan Perkongsian Fail sehingga 2GB

WhatsApp kini mula menawarkan sokongan Perkongsian Fail sehingga 2GB

319
0
WhatsApp 2GB File Sharing Support

Beberapa bulan kebelakangan ini, WhatsApp telah memperkenalkan sejumlah fungsi-fungsi baharu seperti memberikan reaksi emoji, menambah bilangan ahli kumpulan panggilan suara dan sebagainya.

Terkini, WhatsApp merancang untuk memperkenalkan satu lagi ciri baharu iaitu peningkatan had saiz fail untuk dikongsikan antara pengguna kepada 2GB.

Buat masa ini, fungsi berkenaan dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat dengan bilangan pengguna yang akan menerima kemaskini fungsi baharu tersebut akan meningkat dalam masa yang terdekat ini. Pengguna yang masih belum menerima kemaskini tersebut boleh membuat semakan kemaskini terbaru aplikasi permesejan berkenaan.

Sebelum ini WhatsApp menghadkan saiz fail untuk dikongsikan melalui WhatsApp pada 100MB sahaja. Kemaskini baharu ini kelak membolehkan pengguna berkongsikan fail yang lebih besar. Namun, dalam masa yang sama mengakibatkan ruang storan di dalam peranti pengguna kian banyak digunakan untuk aplikasi WhatsApp sahaja.

Artikel sebelum iniGoogle Play Store kini menyekat iklan berskrin penuh dan perampasan VPN
Artikel seterusnyaAgensi Angkasa Negara Malaysia sahkan objek di Langit yang dirakam Penduduk Sarawak adalah Roket milik China, bukan Hujan Meteor
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.