Utama Google Google perkenalkan AI Overview ke dalam Enjin Cariannya

Google perkenalkan AI Overview ke dalam Enjin Cariannya

133
0

Google I/O berlangsung malam tadi dan seperti yang dijangkakan, topik mengenai kecerdasan buatan (artificial intelligencen, AI) menjadi tumpuan utama persidangan tersebut. Salah satu pengumuman besar melibatkan perubahan ketara pada enjin cariannya hadir melalui pengenalan AI Overview yang dijangka mampu mengubah cara kebanyakan pengguna menggunakan internet.

AI Overview akan memberikan sekilas pandang mengenai apa jua topik anda carikan dengan hasil keputusan carian dijana AI dipaparkan pada bahagian teratas bersama-sama pautan ke laman web berkenaan diletakkan di hujungnya. Jawapan yang dijana AI tersebut ditarik dari laman-laman web yang beraitan dengan carian tersebut sebelum diringkaskan olehnya.

Google menyatakan hasil carian akan menyertakan pautan untuk maklumat lanjut mengenainya. Selain itu, bagi pengguna yang masih lagi gemarkan hasil keputusan carian seperti gaya Google sebelum ini, anda boleh pergi ke tab “Web” atau boleh juga melalui tab “More” > “Web”.

Menurut Google lagi, AI Overview ditawarkan di Amerika Syarikat dalam minggu ini dan akan ditawarkan ke peringkat global secara berperingkat dalam masa yang terdekat ini. Ciri ini juga menambah keupayaan kepada enjin carian untuk merancang menu makanan dan perjalanan dengan hanya menaipkan apa jenis rancangan yang ingin dibuat.

Dalam perkembangan yang beraitan, Google secara rasminya mengintegrasikan Gemini Nano ke dalam pelayar web Chrome versi Desktop dan dijangka akan diterbitkan pada 5 Jun ini. Ia merupakan jenis model AI yang lebih ringan dan mampu dijalankan secara natif pada telefon pintar, namun untuk versi Chrome ia telah diubahsuai supaya mampu dimuatkan dengan lebih pantas. Ciri ini menawarkan janaan teks atas peranti untuk menulis ulasan, hantaran media sosial dan banyak lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.