Utama Komputer Cara Gabungkan Dua Dokumen Microsoft Word

Cara Gabungkan Dua Dokumen Microsoft Word

6060
0

Kadangkala anda mungkin bekerjasama dengan rakan-rakan atau penyunting anda menulis dokumen menggunakan Microsoft Word. Adakalanya jumlah perubahan seperti salinan dan suntingan di antara kedua-dua dokumen berkenaan semakin bercelaru apabila tiba pada satu-satu tahap.

Oleh yang demikian, Microsoft Word menyediakan pilihan untuk pengguna menggabungkan dua dokumen yang berasingan kepada satu. Fungsi ini juga turut menawarkan pilihan untuk melabelkan sebarang perubahan yang dilakukan oleh penulisnya dan juga waktu perubahan dilakukan.

Gabungkan Dua Dokumen Word

Untuk memulakannya, buka dokumen pertama yang anda ingin jadikannya sebagai dokumen utama. Kemudian, pada bahagian atas bar alatan, klik pada tab “Review” dan cari butang yang dilabelkan sebagai “Compare”.

Seterusnya, klik pada pilihan “Combine” dan menu ‘drop-down’.

Ini akan membuka tetingkap yang akan memberikan anda pilihan memasukkan dokumen-dokumen apa yang anda ingin gabungkan.

Pilih dokumen pertama yang anda mahu jadikannya sebagai ‘master copy’ dan dokumen kedua pula sebagai salinan dari suntingan-suntingan yang dilakukan oleh pengguna lain. Pastikan anda menandakan pada kotak “Label unmarked changes” untuk menyemak perubahan apa yang dilakukan oleh pengguna lain.

Jika anda klik pada “More”, anda boleh memilih perubahan apa yang ditunjukkan sama pada “Original document”, “Revised document,” atau di dalam “New document.”

Menguruskan dokumen Word yang telah digabungkan

Sebaik sahaja dokumen anda telah digabungkan, sebuah tetingkap dokumen baru dihasilkan selepas gabungan dibuka.

Di sini anda akan melihat tiga bahagian yang berasingan dengan sebelah kiri terdapat panel ‘Revisions’ yang menunjukkan perubahan-perubahan yang dilakukan pada dokumen.

Jika paparan yang dipertontonkan ini didapati agak serabut, anda boleh memilih “Hide source documents” dari butang menu “Compare”.

Gabungkan lagi dengan dokumen lain

Jika anda ingin menggabungkan lagi dengan dokumen-dokumen dari pihak lain, anda boleh menggunakan cara yang sama. Cuma pastikan anda menggunakan “Revised document” sebagai ‘master copy’.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.