Terdapat cara yang lebih mudah untuk melihat nombor model papan induk sesebuah PC Windows tanpa perlu membuka kerangkanyanya. Sesetengah pengguna mempunyai tujuannya tersendiri, sama ada anda ingin mengemaskini driver, keserasian antara perkakasan atau sekadar ingin tahu.
Pada sesetengah keadaan di mana anda memang perlu tahu nombor siri papan induk komputer anda terutamanya apabila ingin melakukan kemaskini driver, membeli perkakasan-perkakasan baru komputer (seperti RAM, kad grafik dan sebagainya). Ia juga bertujuan menilai kemampuan keseluruhan papan induk komputer anda jika anda berhasrat untuk menaik taraf secara keseluruhan.
Isi Kandungan
Memeriksa nombor model dengan CMD
Anda boleh melakukan semakan dengan CMD melalui Windows Management Instrumentation Command-line (WMIC). Cara untuk melakukannya adalah dengan membuka kotak carian pada butang menu Start atau dengan menggunakan kekunci Windows + R, dan masukkan arahan berikut;
wmic baseboard get product,Manufacturer,version,serialnumber
Seterusnya, maklumat berikut akan dipaparkan
Maklumat-maklumat berkenaan menyatakan tentang jenis papan induk yang digunakan. Contohnya, pengeluar adalah MSI, model papan induk pula adalah B85M-G43 (MS-7823), nombor siri (tidak dapat dipastikan kenapa MSI tidak meletakkan nombor siri pada induk ini) dan versinya.
Apapun, melalui kaedah ini anda berjaya mendapatkan nombor siri model papan induk komputer anda tanpa perlu membuka sendiri kerangka.
Memeriksa dengan menggunakan Speccy
Bagi anda yang tidak minat menggunakan CMD, anda boleh menggunakan perisian seperti Speccy yang turut menawarkan fungsi yang sama. Selain memaparkan nombor model papan induk, perisian ini juga turut memberikan maklumat-maklumat berkaitan untuk perkakasan-perkakasan lain untuk sesebuah komputer.
Anda boleh memuat turun perisian percuma ini di sini