Utama Internet Aplikasi Firefox hadir ke peranti iOS

Aplikasi Firefox hadir ke peranti iOS

859
0

Untuk terus kekal relevan dengan perkembangan terkini, Firefox telah menerbitkan pelayar web Firefox untuk peranti-peranti iOS (iPhone dan iPad) pertama kalinya untuk pratonton umum. Sementara ini, aplikasi ini hanya terhad bagi pengguna-pengguna peranti iOS di New Zealand sahaja.

Pada mulanya, Mozilla mengabaikan sebarang projek pembangunan aplikasi untuk peranti-peranti iOS atas sebab syarat-syarat pembangunan aplikasi iOS yang terlalu ketat untuk pembangun-pembangun pihak ketiga. Namun, melalui kehadiran iOS 8, keadaan sudah mulai berubah.

Mozilla turut mendedahkan ciri-ciri yang bakal diimplementasikan ke dalam aplikasi Firefox untuk iOS ini seperti Intelligent Search, akaun Firefox dan Visual Tabs. Intelligent Search membenarkan pengguna untuk memilih enjin carian pilihan serta memberikan cadangan terhadap keputusan carian.

Untuk akaun Firefox pula, ia memberikan pengguna kebolehan untuk mengambil sejarah carian Firefox, kata laluan dan juga tab dari desktop ke peranti-peranti iOS pengguna. Manakala bagi Visual Tabs pula, ia menyediakan pratonton kepada pengguna dalam bentuk thumbnail.

Mozilla Firefox merupakan pelayar web percuma dari sumber terbuka yang dibangunkan oleh Mozilla Foundation dan subsidiarinya, Mozilla Corporation.Firefox iOS Preview

Sebagaimana yang dinyatakan pada permulaan entri ini, Firefox untuk iOS hanya terhad bagi pengguna-pengguna di New Zealand sahaja. Ia akan hadir ke pengguna-pengguna lain di seluruh dunia dalam jangkaan tahun ini juga.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui bilakah pelayar ini akan hadir ke Malaysia, anda bolehlah berbuat demikian dengan meninggalkan alamat emel anda di sini.

Sumber berita diperoleh dari CNET

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.