Utama Teknologi Masalah pada suis rangkaian Cisco siri 3650 dan 3850 ini peningkan kepala...

Masalah pada suis rangkaian Cisco siri 3650 dan 3850 ini peningkan kepala jurutera dan juruteknik rangkaian

1250
2

Pada tahun 2013, Cisco mengeluarkan notis amaran berkenaan masalah yang timbul pada suis-suis rangkaian mereka untuk siri 3650 dan 3850. Suis-suis ini digunakan pada kebanyakan pusat data di serata dunia.

Notis berkenaan memperincikan masalah utama pada suis-suis berkenaan yang mula dikesan sebaik sahaja ianya dipasarkan iaitu segala tetapan akan hilang dan kembali kepada tetapan asal sebaik sahaja pengguna mencucuk kabel rangkaian ke salah satu labuhannya.

Sesetengah jenis kabel yang digunakan di pusat data boleh menyebabkan insiden kehilangan tetapan terhadap suis-suis rangkaian Cisco berkenaan. Punca kepada permasalahan ini timbul apabila sarung pelindung kabel rangkaian menekan butang reset yang kebetulan rekaan diletakkan betul-betul di atas labuhan pertama pada suis rangkaian Cisco siri 3650 dan 3850.

Butang reset berkenaan apabila ditekan akan menghilangkan segala tetapan-tetapan yang telah dibuat oleh pengguna dan akan membawa kembali tetapan asal (factory settings).Cisco C3850 48port

Masalah akan timbul di pusat data yang menggunakan suis-suis Cisco berkenaan dan juga kabel rangkaian jenis tersebut jika terdapat seseorang yang tersilap menggunakan labuhan pertama dan tanpa sedar menekan butang reset, seterusnya mampu melumpuhkan keseluruhan rangkaian pusat data berkenaan.

Oops
Oops

Agak aneh apabila Cisco tidak dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal sebelum peranti ini siap sedia hadir ke pasaran. Tindakan mengeluarkan saranan baik pulih masalah ini bagi ‘membantu’ para penggunanya juga dilihat hadir agak lewat.

Cara mudah untuk menghindarkan masalah berkenaan dari berulang adalah dengan melumpuhkan butang reset berkenaan. Namun, kebanyakan jurutera-jurutera dan juruteknik-juruteknik rangkaian yang menguruskan pusat data sudah pun sedia maklum masalah ini dan menggunakan pelbagai langkah-langkah penyelesaian yang kreatif.

Sumber berita diperoleh dari Cisco

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.