Utama Internet Facebook pancarkan Internet Percuma ke Afrika menggunakan Satelit

Facebook pancarkan Internet Percuma ke Afrika menggunakan Satelit

1051
0

Mark Zuckerberg kelihatan begitu gigih untuk menyediakan pelan internet percuma ke Afrika dan melalui perjanjian dimeterai antara Facebook dengan Eutelsat bakal menjadikan impian beliau ke arah internet percuma satu kenyataan.

Kedua-dua syarikat berkenaan bakal bekerjasama dengan Spacecom dalam menggunakan keseluruhan kapasiti jalur lebar pada satelit yang bakal dilancarkan AMOS-6 untuk memancarkan internet ke kawasan-kawasan pinggir Sahara di benua Afrika.

Pakej internet ini bakal merangkumi sebahagian 14 negara-negara Afrika. Satelit AMOS-6 akan memancarkan isyarat yang boleh diterima oleh peranti-peranti pengguna yang biasa diperoleh di pasaran.

Facebook turut menyatakan bahawa penggunaan satelit dalam memancarkan internet merupakan cara yang paling berkesan terutamanya di sesetengah kawasan yang mempunyai penduduk berkepadatan rendah. Rancangan sambungan internet percuma sudahpun dilaksanakan di sesetengah kawasan luar bandar di India dengan menggunakan teknologi yang sama.

Walaupun rancangan penyediaan internet percuma ini kelihatan seperti mempunyai niat yang baik, ramai pihak yang sangsi dengan rancangan ini dan mengkritik cara Facebook mengendalikan projek ini. Projek Internet.org semakin hilang sokongan setelah Facebook disyaki mengawal akses kandungan internet yang digunakan oleh orang ramai yang menggunakan rangkaian tersebut.

Oleh sebab itu, projek berkenaan dinamakan semula sebagai “Free Basics by Facebook” dan kini di dalam proses mendapatkan semula sokongan dari orang ramai.

Tujuan Facebook melakukan projek ini bukanlah sekadar memberikan internet percuma semata-mata. Gergasi media sosial ini memberikan akses internet percuma dengan tujuan meningkatkan hasil pendapatan dari pengiklanan melalui peningkatan jumlah penggunanya.

Rasanya, sesetengah pengguna terutamanya di Malaysia tak kisah pun tentang soal ni. Sebab kita sebagai rakyat Malaysia memang senantiasa sukakan barang FREE!

-Sumber berita diperoleh dari CNN, Gambar cover dari Tech News Today

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.