Utama Mobile Android Micorosoft Excel kini boleh tukar Imej Jadual kepada Jadual yang boleh diedit

Micorosoft Excel kini boleh tukar Imej Jadual kepada Jadual yang boleh diedit

1584
0

Microsoft Excel pada Android kini menyokong fungsi AI Insert Data (Masukan Data secara Kecerdasan Buatan) dari foto, seterusnya membolehkan pengguna mewujudkan jadual lembaran kerja dari imej.

Sebagaimana yang pernah diumumkan sewaktu persidangan Ignite 2018 yang lalu, Microsoft memperincikan empat fungsi terbaru yang diperkenalkan khusus untuk aplikasi Microsoft Excel. Kesemua fungsi ini dijanakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dan salah satu daripadanya kini sudah diterbitkan untuk penggunanya.

Microsoft turut menyatakan, fungsi berkenaan yang dikenali sebagai “Insert Data from Picture” kini sudah boleh didapati pada telefon-telefon pintar Android yang bersesuaian (compatible) khusus untuk pengguna-pengguna Microsoft Office 365 sahaja. Versi iOS akan menyusul tidak berapa lama lagi.

Pengguna Excel boleh menggunakan fungsi ini mengambil foto jadual data, sama ada ianya bercetak mahupun jenis bertulisan tangan. Menggunakan teknologi AI, Excel menggunakan fungsi kamera peranti bagi menukarkan imej yang diambil kepada lembaran kerja (spreadsheet) yang baru.

Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam Microsoft Excel, lembaran kerja berkenaan boleh disunting (edited), dikongsikan dan dianalisa seperti biasa.

Kelebihan fungsi “Insert Data from Picture” terbaru pada Microsoft Excel ini adalah memudahkan pengguna memasukkan data ke dalam jadual tanpa perlu menaipkannya satu-persatu.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.