Utama Microsoft Perkhidmatan Microsoft Office, 365 dan Teams dilaporkan tergendala di seluruh dunia

Perkhidmatan Microsoft Office, 365 dan Teams dilaporkan tergendala di seluruh dunia

246
0
Microsoft Office Apps

Perkhidmatan Microsoft Teams, Office dan 365 dilaporkan tidak dapat diakses buat masa ini. Ribuan pengguna terjejas akibat daripada gangguan ini dan pihak Microsoft sedang giat menyiasat punca kejadian.

Perkhidmatan yang terjejas termasuklah Teams, Exchange Online, Outlook, SharePoint versi dalam talian, OneDrive for Business dan Graph. Ini bukanlah kali pertama Microsoft menghadapi gangguan.

Pada Julai 2022, Teams pernah mengalami gangguan kerana sambungan terputus pada peranti storan dalaman. Siasatan berkenaan masalah ini masih lagi dijalankan sehingga artikel ini ditulis. Isu ini dikenalpasti berpunca dari masalah rangkaian dan langkah pengasingan (mitigasi) sedang dilakukan.

Microsoft sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.