Microsoft memperkenalkan perisian suit produktiviti pejabat baharu keluarannya, Office 2024 baru-baru ini. Suit erisian tersebut tidak memerlukan langganan dan boleh digunakan selama mungkin (perpetual) pada peranti yang dipasangkan dengannya.
Perisian-perisian yang ditawarkannya hanya mengandungi Word, Excel dan PowerPoint sahaja. Ia berbeza dengan perisian langganan Microsoft 365 yang menawarkan lebih banyak perisian serta akses ke storan awanan.
Microsoft Office 2024 juga menyokong sistem operasi Windows 10, Windows 11 dan juga macOS versi Sequoia, Sonoma dan Ventura. Di Malaysia, suit perisian produktiviti Microsoft Office 2024 dijual pada harga RM609 bagi setiap lesen dan akan menerima kemaskini perisian dan keselamatan selama lima tahun.
Maklumat lanjut, layari Microsoft Malaysia.