Vivo telah melancarkan telefon pintar baharunya di India melalui siri Vivo Y73. Telefon pintar ini menampilkan rekaan tipis, tri-kamera dengan kamera utama 64MP, RAM 8GB dan sokongan pengecasan pantas 33W.

Vivo Y73 boleh didapati di dalam dua pilihan warna iaitu Diamond Flare dan Roman Black. Ianya juga menampilkan rekaan bertekstur cerun pada kerangka kaca di permukaan belakangnya.

Dari segi spesifikasinya, Vivo Y73 menampilkan paparan AMOLED FHD+ 6.44-inci dengan takuk pada sebelah atas yang menempatkan kamera swafotonya. Telefon pintar ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G95 yang digandingkan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

Menariknya, RAM telefon ini boleh ditambah lagi 3GB dengan mengambil sebahagian dari storan dalamannya. Tidak ketinggalan, bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Fotografi telefon ini menyediakan sebuah sensor utama 64MP yang bergandingan sensor bokeh 2MP, dan sensor makro 2MP. Untuk swafoto, di sebelah hadapannya menyediakan sebuah kamera 16MP.

Vivo Y73 juga menyediakan Bluetooth 5.0, sokongan 4G LTE, Wi-Fi 2.4GHz, 5GHz, port USB Type-C port dan bicu audio 3.5mm. Telefon ini menggunakan antaramuka FunTouchOS 11.1 yang berasaskan Android 11 dan telah mula dijual di pasaran India pada harga INR 20,990 (~RM1,188).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.