Utama Perbankan DuitNow QR: Maybank dan Public Bank beri pengecualian caj transaksi kepada peniaga

DuitNow QR: Maybank dan Public Bank beri pengecualian caj transaksi kepada peniaga

171
0

Maybank dan Public Bank menyatakan pihaknya akan terus memberikan pengecualian caj transaksi DuitNow QR kepada peniaga sehingga diberitahu kelak.

Pengendali rangkaian pembayaran  Payments Network Malaysia (PayNet) semalam telah mengesahkan caj transaksi akan dikenakan kepada peniaga yang menerima pembayaran melalui DuitNow QR. Dinamakan sebagai kadar diskaun kadar diskaun peniaga (merchant discount rate, MDR), PayNet menyatakan caj ini bukanlah sesuatu yang baharu dan ia sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun ditangguhkan berikutan penularan wabak pandemik.

Tambah PayNet lagi, MDR juga dilaksanakan pada pembayaran kad debit dan kredit. Caj untuk transaksi DuitNow QR akan mula dilaksanakan pada 1 Oktober 2023, namun pihak bank dan platform yang terlibat dibenarkan untuk membuat pengecualian.

Dalam pada masa yang sama, Maybank menyatakan pihaknya akan memberikan pengecualian caj transaksi DuitNow QR kepada peniaga sehingga diberitahu kelak. Tambah pihak bank tersebut lagi, peniaga-peniaga yang terlibat akan dimaklumkan lebih awal jika terdapat sebarang perubahan pada polisinya.

Public Bank juga telah membuat keputusan untuk memberikan pengecualian caj transaksi DuitNow QR kepada peniaga sehingga diberitahu kelak. Cuma Public Bank sebelum ini telah membuat pengumuman mengenai pelaksanaan caj transaksi bermula 1 Oktober 2023 lebih awal dari pengumuman oleh PayNet.

Selain Maybank dan Public Bank, CIMB turut membuat pengecualian caj transaksi kepada peniaga sehingga 31 Disember 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.