Hotlink baru-baru ini dilaporkan melaksanakan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Kawalan penggunaan pada waktu puncak ini dilakukan pada setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Berdasarkan laporan dari portal Amanz, pihak Hotlink menyatakan pelaksanaan ini bertujuan memastikan para pelanggannya menikmati perkhidmatan yang baik tanpa gangguan.
Pengguna pelan tanpa had Hotlink sebelum ini akan dihadkan kelajuannya kepada 512kbps sahaja jika penggunaan data melebihi 50GB sebulan. Penetapan ini dibuat dibawah FUP sebagaimana yang dijelaskan di dalam laman soalan lazim Hotlink.
Setakat ini pihak Hotlink dan Maxis masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.