Utama Automotif Kementerian Pengangkutan umum Penstrukturan Semula Cukai Jalan EV; Berkuatkuasa 1 Januari 2026

Kementerian Pengangkutan umum Penstrukturan Semula Cukai Jalan EV; Berkuatkuasa 1 Januari 2026

155
0
Imej daripada Facebook Kementerian Pengangkutan

Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan struktur baharu cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV). Pada asalnya, pengumuman tersebut dijadualkan untuk dilakukan pada April, namun telah ditangguhkan sehingga tadi.

Cukai jalan baharu ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, sejurus selepas tarikh tamat pengecualian cukai jalan untuk EV pada 31 Disember 2025. Ia akan dilaksanakan berdasarkan output kilowatt (kW) dan dihimpunkan mengikut jalur kuasa output motor.

Bayarannya pula mengikut blok 9.9 kW bi dalam setiap jalur kuasa. Kadar baharu ini bermula dari RM20 dari peringkat paling rendah (1 watt hingga 9.9kW) bergantung pada jenis EV.

Kadar ini bertambah pada RM10 bagi setiap blok sehingga ke peringkat 100 kW pada RM70. Untuk peringkat 100,001 W hingga 210,000 W, cukai jalan tersebut di antara RM80 sehingga RM280 dengan pertambahan RM20 bagi setiap 9.9kW.

Untuk peringkat 210,001 W sehingga 310,000 W pula, kadar bayarannya bermula dari RM305 sehingga RM575 dengan setiap blok meningkat sebanyak RM30. Manakala peringkat 310,001 sehingga 410,000 W pula, kadar bayarannya dari RM615 sehingga RM1,065 dengan setiap blok 9.9kW menaik sebanyak RM50.

Menteri Pengankutan Anthony Loke juga menyatakan kadar ini akan disemak semula setiap lima tahun bagi menilai kesannya terhadap pendapatan kerajaan dan peralihan ke arah pelepasan sifar karbon pada kenderaan. Kadar untuk motorsikal elektrik bagaimanapun masih lagi kekal dari RM9 sehingga RM42. Selain itu, individu kelainan upaya (OKU) akan terus menerima pengecualian cukai jalan untuk sebuah kenderaan elektrik sebagaimana yang dinyatakan di dalam Belanjawan 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.