Utama Android Infinix Infinix Note 40 5G memasuki pasaran Malaysia dengan Harga RM1,299

Infinix Note 40 5G memasuki pasaran Malaysia dengan Harga RM1,299

504
0
INFINIX-NOTE-40-5G-KV

Infinix telah memperkenalkan varian kelima untuk siri Note 40 dengan Note 40 5G menjadi model ketiga yang dijual di pasaran Malaysia. Cuma, ia lebih mahal berbanding Note 40 Pro 5G disebabkan oleh kapasiti storannya yang lebih besar.

Note 40 5G mempunyai paparan AMOLED 6.78-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Di dalamnya ia menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 7020 bergandingan RAM 12GB dan storan 512GB.

Untuk pengimejannya, telefon pintar ini menampilkan kamera utama 108MP, kamera makro 2MP dan sensor berkedalaman, serta sebuah kamera 32MP disediakan di sebelah hadapannya.

Telefon pintar peringkat pemula ini menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 33W dan nirwayar MagCharge 15W. Berbanding dengan model-model lain di dalam siri ini, model ini menawarkan kelajuan kadar pengecasan yang paling rendah.

Harga Infinix 40 5G di Malaysia

INFINIX-NOTE-40-5G HargaInfinix Note 40 5G berharga RM1,299 dan boleh dipra-tempah bermula dari 4 Jun 2024 menerusi kedai dalam talian rasminya di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, selain boleh juga melalui wakil-wakil pengedar yang sah.

Telefon pintar yang menjanjikan dua kemaskini utama Android dan kemaskini keselamatan selama 3 tahun ini hanya menawarkan konfigurasi RAM 12GB dan storan 512GB di pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.