Utama Telco Connectme CONNECTme, internet satelit baharu di Malaysia – sedia perkhidmatan ke seluruh negara

CONNECTme, internet satelit baharu di Malaysia – sedia perkhidmatan ke seluruh negara

3204
0

Tidak lama lagi, sebuah penyedia perkhidmatan internet baharu di Malaysia, CONNECTme akan dilancarkan pada 8 Mac 2018. Perkhidmatan internet ini dikatakan mampu menyediakan talian internet ke seluruh pelusuk negara tanpa mengira kawasan sama ada di bandar mahupun di desa.

Apa tidaknya, perkhidmatan rangkaian internet ini disediakan melalui satelit. Justeru, memudahkan ianya diakses dari mana-mana lokasi asalkan mempunyai piring satelitnya. Sama seperti Astro.

Cuma, masalahnya apabila menggunakan internet melalui satelit atau VSAT ini, perkhidmatannya mungkin terjejas apabila cuaca buruk seperti ketika hujan atau ribut petir. Sama seperti Astro.

Perkara ini telah diperjelaskan melalui halaman Soalan-Soalan Lazim yang disediakan melalui portalnya yang secara ringkasnya berbunyi:

  1. Perkhidmatan ini boleh terjejas akibat gangguan dari hujan.
  2. Tidak sesuai digunakan untuk permainan atas talian
  3. Pengguna VPN berkemungkinan akan berhadapan dengan masalah talian yang perlahan

Selain itu, di dalam Soalan-Soalan Lazim ini juga turut diterangkan proses pemasangan CONNECTme di premis atau kediaman pelanggan. Pasukan pemasangan akan hadir dalam tempoh dua hari selepas pendaftaran untuk memasang piring dan juga modem untuk pelanggan. Seterusnya, perkhidmatan internet ini boleh terus digunakan sebaik sahaja kerja-kerja pemasangan selesai.

Tapi, dalam Soalan-Soalan Lazim ini juga diterangkan proses pengesahan penggunaan perkhidmatan satelit dua hala ini memerlukan tempoh 60 hari dari SKMM. Mana satu yang betul, saya sendiri pun tak pasti.

Apa pun, tarikan utama CONNECTme adalah pada penawaran rangkaian yang meliputi seluruh Malaysia atas faktor penggunaan satelit. Walaupun harga yang ditawarkan ini agak susah diterima bagi pengguna kebanyakan di Malaysia, sekurang-kurangnya ia memberikan pilihan buat pengguna yang benar-benar memerlukan talian internet di kawasan-kawasan yang sukar mendapatkan liputan internet dari ISP lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.