Utama Android Nothing CMF Phone 1 akan hadir ke Malaysia 15 Julai ini pada harga...

CMF Phone 1 akan hadir ke Malaysia 15 Julai ini pada harga RM1,099

39
0

Nothing secara rasminya telah melancarkan CMF Phone 1, telefon pintar pertama di bawah sub-jenama tersebut yang mesra pengguna. Berbeza dengan model-model biasa yang terdapat di pasaran, telefon pintar baharu ini menawarkan kelebihan pengubahsuaian rekabentuk luarannya mengikut citarasa penggunanya.

Misalnya anda boleh menukarkan bahagian belakangnya yang mempunyai kemasan matte berwarna pilihan hitam, jingga, unggu dan pudina dengan menanggalkan skru menggunakan alatan yang disertakan bersamanya.

Selain itu, pada bahagian bawah bucu kanannya disedaiakn Accesory Point yang boleh dibuka skrunya untuk meletakkan aksesori-aksesori lain seperti cagak, serta pemegang kad atau lanyard. Aksesori-aksesori tambahan ini bagaimanapun dijual secara berasingan.

Dari segi paparannya, CMF Phone 1 menampilkan skrin Super AMOLED LTPS 6.67-inci beresolusi 1080 x 2400 piksel serta kadar penyegaran semula skrin 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz. Ia mempunyai lebih dari 16 juta warna dan kecerahan puncak 2,000 nits. Turut ditawarkan, pengimbas cap jari terbina bawah paparannya bersama-sama pembesar suara linear AAC dan kerintangan air IPX2.

Di dalamnya, telefon pintar ini menawarkan pemprosesan MediaTek Dimensity 7300 5G bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Slot kad mikroSD dengan sokongan sehingga 2TB juga disediakan pada telefon pintar ini.

Dalam pada masa yang sama, telefon pintar keluaran CMF ini juga menampilkan sistem operasi Android 14 melalui antaramuka Nothing OS 2.6. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 33W dengan pengecasan berbalik berwayar 5W melalui kabel USB-C. Telefon yang menyediakan sokongan sambungan nirwayar WiFi 6 dan Bluetooth 5.3 ini bagaimanapun tidak menyediakan NFC.

Fotografi CMF Phone 1

Dari segi fotografinya pula, Phone 1 menawarkan dwi-kamera dengan kamera utama 50MP dengan sebuah lagi kamera berkedalaman yang tidak dinyatakan resolusinya. Videonya pula berkeupayaan untuk rakaman 4K pada 30fps dan 1080p pada sehingga 60fps dan Slo-mo pada 120Hz. Pada sebelah hadapannya pula disediakan kamera 16MP.

CMF Phone 1 mula dijual di Malaysia pada 15 Julai ini pada harga RM1,099 menerusi kedai dalam talian rasminya di Shopee dan Lazada, serta wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara. Nothing juga menyatakan telefon pintar ini dijamin untuk menerima kemaskini utama Android sehingga dua tahun dan tiga tahun untuk kemaskini keselamatan.

Untuk cover belakang pilihan warna lain dan juga aksesori sepeti cagak, pemegang kad dan lanyard untuk Phone 1 pula dijual pada harga masing-masing RM99 dan RM59. Bagi anda yang membuat pembelian telefon pintar ini pada hari pertama jualannya berpeluang untuk menerima tambahan penutup bahagian belakangnya secara percuma selagi stok masih ada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.