Utama Teknologi Peralatan Rumah Samsung memperlihatkan TV Neo QLED dan OLED Smart baharu, Dilengkapkan Ciri AI...

Samsung memperlihatkan TV Neo QLED dan OLED Smart baharu, Dilengkapkan Ciri AI melalui NPU Terbina Dalam

173
0

Samsung telah memperlihatkan pelbagai televisyen generasi baharunya di dalam acara Unbox & Discover di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini. Acara berkenaan memperlihatkan TV Samsung Neo QLED 8K, Neo QLED 4K, TV Samsung OLED dan bar bunyi (soundbar) Samsung baharu.

“Kami melangkaui sempadan hiburan di rumah dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) yang luar dari pengalaman tontonan traditional. Barisan produk pada tahun ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi dengan menawarkan produk yang bukan hanya menyediakan pengalaman tontonan yang hebat, malah menyumbang kepada gaya hidup pengguna yang lebih bermakna,” ujar Presiden dan Ketua Bahagian Visual, SW Yong.

TV Samsung QLED 8K baharu kekal mercu

Samsung Neo QLED 8K QN900D

Televisyen paling mercu di dalam barisan produk terkini ini, TV Samsung Neo QLED 8K menawarkan pemprosesan NQ8 AI Gen3 yang menampilkan Unit Pemprosesan Neural (Neural Processing Unit, NPU). Ia dua kali ganda lebih berbanding pemprosesan sebelumnya dengan rangkaian neural yang lapan kali ganda lebih banyak dari 64 kepada 512. Pertambahan ini membantu dalam penskalaan lebih besar dan peningkatan pergerakan melalui AI.

Fungsi 8K AI Upscaling Pro di dalam model Neo QLED 8K menaikkan skala suapan kandungan ke dalam TV bagi menyesuaikan dengan resolusi dan saiz skrin. AI Motion Enhancer Pro pula melicinkan pergerakan bagi menunjukkan imej keseluruhan yang lebih jelas yang menurut Samsung menjadi “impian para peminat sukan.”

Audio juga menerima peningkatan melalui Active Voice Amplifier Pro, Object Tracking Sound Pro dan Adaptive Sound Pro. Untuk Active Voice Amplifier Pro, ia membantu mengasingkan dialog dari hingar latar belakang, dengan Object Tracking Sound Pro pula mewujudkan pengalaman tontonan yang lebih dinamik melalui penyegerakkan bunyi dengan aksi di dalam skrin. Akhir sekali, Adaptive Sound Pro pula akan melaraskan paras audio secara pintar mengikut akustik kandungan dan ruang.

Samsung NQ8-AI-Gen3 Pemprosesan
Pemprosesan AI baharu di dalam TV Samsung QLED 8K 2024

Tidak ketinggalan, AI Auto Game Mode pula mengoptimasikan visual dan audio sesebuah permainan video bagi memberikan pengalaman yang lebih mantap. Untuk menjimatkan tenaga pula, AI Energy Mode pula melaraskan penggunaan kuasa secara pintar TV Samsung berkenana tanpa menjejaskan pengalaman tontonan.

Neo QLED 8K hadir dalam dua model iaitu QN900D dengan QN800D, dengan saiz yang teridiri daripada 65, 75, dan 85 inci.

TV Samsung Neo QLED 4K dan TV Samsung OLED bebas silau baharu

Samsung OLED Glare Smart 2024
TV Samsung Smart OLED anti silau 2024

Buat anda yang inign kelainan di dalam pengalaman tontonan, Samsung Neo QLED 4K membawakan inovasi terhebat kepada semua. Dikuasakan oleh Pemprosesan NQ4 AI Gen2, Neo QLED 4K membawakan pengalaman tontonan yang dipertingkatkan dengan AI pada resolusi 4K sama seperti model 8K. Neo QLED 4K juga merupakan paparan Pantone Validated pertama di dunia yang membawakan kejituan warna yang lebih baik.

Model televisyen berkenaan juga boleh didapati pada saiz dari 55-inci sehingga 98-inci bagi memenuhi keperluan suasana tontonan yang pelbagai.

Bagi yang ingin mengalami sendiri OLED di rumah, Samsung turut memperkenalkan OLED Bebas Silau pertama yang mengurangkan kesan pantulan pada paparan. Ia juga mengekalkan warna hitam dan kejelasan imej dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Menampilkan pemprosesan NQ4 AI Gen2, TV Samsung OLED ini mempunyai ciri seperti Real Depth Enhancer dan OLED HDR Pro yang memberikan kualiti imej terbaik bersama-sama ciri Motion Xcelerator 144Hz yang melicinkan paparan pergerakan.

TV Samsung OLED hadir dengan tiga model yang terdiri daripada S95D, S90D, dan S85D dengan pilihan saiz dari 42-inci sehingga 83-inci.

Samsung memperluaskan Penawaran Audio melalui Q-Series Soundbar baharu, dan pembesar suara Music Frame

Samsung Q990D
Samsung Q990D

Barisan produk tahun 2024 ini juga menampilkan Q-Series Soundbar, Q990D, yang menonjolkan tetapan 11.1.4-saluran dengan Wireless Dolby Atmos. Ia mengetengahkan Sound Grouping untuk kesan bunyi berdenyut yang memenuhi ruang dan pilihan untuk pendengaran peribadi yang membolehkan pengguna menikmati kandungan audio menerusi pembesar suara belakangnya tanpa mengganggu orang lain.Samsung Music Frame

Terbaru pada tahun ini adalah pembesar suara Samsung Music Frame. Diinspirasikan dari TV Samsung Frame, Music Frame membolehkan pengguna memaparkan gambar-gambar peribadi atau karya seni sambil menikmati audio nirwayar melalui ciri-ciri pintar. Ia boleh dipadankan dengan TV dan bar bunyi untuk pengalaman audio yang dipertingkatkan di dalam bilik.

Samsung mengacah pengumuman yang akan berlangsung pada 3 April 2024 yang dijangka akan mengumumkan ke hadiran barisan produk-produk berkenaan ke pasaran Malaysia dan juga global.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.