Charles Geschke

Charles “Chuck” Geschke, pengasas bersama Adobe yang turut membantu membangunkan PDF telah meninggal dunia kelmarin. Mendiang berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir.

Beliau merupakan ketua pegawai operasi Adobe dari Disember 1986 sehingga Julai 1994 dan turut memegang jawatan sebagai presiden dari April 1989 sehingga persaraan beliau pada April 2000.

Kerjaya beliau bermula di Pusat Penyelidikan Xerox di Palo Alto selepas mendapat ijazah kedoktoran dari Carnegie Mellon University di Pittsburgh. Di sana beliau telah bertemu dengan John Warnock dan bersama-sama meninggalkan Xerox pada 1982 untuk menubuhkan Adobe.

Produk pertama yang dihasilkan oleh Adobe pada ketika itu ialah Adobe PostScript, bahasa pengaturcaraan yang membantu kecekapan industri penerbitan desktop.

Kedua-dua rakan baik ini, John Warnock dan Charles Geschke juga pernah menerima dianugerahkan National Medal of Technology oleh Presiden Barack Obama pada tahun 2009.

Imej dari Getty

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.