Celcom MAX Baharu

Celcom baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan pelan Celcom MAX baharu. Pelan gabungan Home Fibre dan Pascabayar MEGA yang meletakkan kedua-dua pakej di dalam satu bil ini telah pun diumumkan pada bulan lepas ini.

Menurut syarikat telekomunikasi tempatan ini, antara kelebihan melanggan ke Celcom MAX adalah pelanggan ditawarkan dengan rebat bulanan sepanjang masa. Selain itu, pelanggan turut ditawarkan dengan lebih penjimatan untuk peranti produktiviti dan hiburan yang terkini serta akses ke kandungan dan hiburan tanpa had.

Pelan gabungan ini menawarkan tiga pilihan pakej Home Fibre berlainan bersama-sama pelan pascabayar mudah alih MEGA RM80. Ianya terdiri daripada pilihan 100Mbps pada RM179 sebulan, 300Mbps pada RM199 sebulan, dan pilihan 500Mbps pada RM259 sebulan.Celcom MAX Pelan

Langganan MAX baharu ini juga menyediakan penjimatan sepanjang masa sebanyak RM21 sebulan. Ianya juga didatangkan bersama-sama internet berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan mudah alih tanpa had dan router AX percuma di rumah.

Celcom turut menyatakan pelanggan yang melanggan pelan 500Mbps turut layak menikmati dua peranti Wi-Fi 6 TP-Link Deco X20 Mesh secara percuma. Bagi pelanggan pelan 100Mbps dan 300Mbps pula boleh memilih untuk mendapatkannya dengan bayaran tambahan RM25 sebulan untuk selama 24 bulan.

Penawaran Pelan Pascabayar Celcom MEGA

Pelan Pascabayar Celcom MEGA yang disertakan ini hadir dengan data berkelajuan tinggi 40GB dengan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian dan RM0.20 bagi setiap SMS. Pelanggan juga boleh memilih untuk menaik taraf pakej mudah alih untuk lebih kelajuan atau kuota data tanpa had dengan penambahan kos.

Selain itu, syarikat telekomunikasi ini juga menawarkan pelanggan MAX dengan tawaran pukal bersama peranti. Ianya memberikan diskaun sehingga RM638 untuk pembelian Surface Go 2 LTE dan Surface Pro X. Serta diskaun sehingga RM2,599 bagi Sharp Android TV.Celcom MAX Add-On

Turut disediakan langgan percuma selama 6-bulan untuk perkhidmatan penstriman iQiYI, WeTV iflix, dan Dimsum. Bagaimanapun, untuk Dimsum, pihak Celcom ambil maklum mengenai penutupan perkhidmatan penstriman tersebut dan akan menawarkannya selagi ianya masih ada. Pilihan penstriman baharu akan diperkenalkan di dalam masa yang terdekat ini.

Bersempena pelancaran pakej baharu Celcom MAX ini, Celcom menawarkan pengecualian bayaran bil selama sebulan bagi 100 pelanggan terawal yang membuat pendaftaran. Promosi ini hanya ditawarkan bermula dari hari ini sehingga 9 April 2021 sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk melanggan Celcom MAX, anda boleh melakukannya dengan mengunjungi mana-mana outlet Celcom Bluecube, rakan kongsi bertauliah, menghubungi terus di talian 1111 atau 019-6011111.

Layari laman web rasmi Celcom untuk maklumat lanjut mengenai pelan baharu ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.