Xiaomi-Mi-11-Ultra-Malaysia

Tidak sampai seminggu selepas pengumuman rasminya, Xiaomi telah mengumumkan rancangannya untuk melancarkan sebuah lagi model di dalam siri Mi 11 di Malaysia. Mi 11 Ultra, model paling tinggi spesifikasinya di dalam siri Mi 11 ini secara rasminya diumumkan untuk pasaran Malaysia.

Dari segi spesfikasinya, Mi 11 Ultra dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 888 bersama-sama RAM 12GB dan storan 256GB.

Ianya juga menampilkan paparan 6.81-inci AMOLED WQHD+ 120Hz berserta paparan kedua 1.1-inci AMOLED beresolusi 126 x 294 pada belakangnya.Xiaomi Mi 11 Paparan Belakang

Kamera-kamera di belakangnya terdiri dari sebuah kamera utama bersudut luas Samsugn GN2 50MP f/1.95. Bersama-sama dua kamera 48MP Sony IMX586 untuk ultra lebar dan telefoto 120X.Xiaomi Mi 11 Ultra Kamera

Tidak ketinggalan, Mi 11 Ultra turut menawarkan sebuah kamera swafoto, pengimbas cap jari terbina dalam dan dwi pembesar suara ditala oleh Harman Kardo. Serta bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W berwayar dan juga nirwayar.Xiaomi Mi 11 Ultra Dilancarkan

Menurut Xiaomi, pihaknya akan menyediakan sebanyak 200 Set Cenderahati Mi Fans Limited Edition bagi pembeli terawal yang mendaftar secara dalam talian. Set cenderahati ini turut mengandungi rantai kunci Mi Bunny dengan nama yang diukirkan dan kemeja-T Mi Fan Fest 2021.

Pada harga RM4,299, anda yang berminat boleh melakukan pra-tempahan telefon pintar mercu ini bermula 8 April menerusi Mi Store diseluruh Malaysia. Anda juga boleh melakukan pra-tempahan di kedai dalam talian rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.