Celcom MAX

Celcom memperkenalkan Celcom MAX yang membolehkan pelanggan menggabungkan Celcom Home Fibre dan Celcom MEGA Postpaid ke dalam satu bil tunggal.

Selain memberikan kemudahan buat pelanggannya, Celcom MAX turut memberikan diskaun dan kelebihan yang tersendiri.

Celcom MAX menyediakan diskaun bulanan RM21 kepada pelanggannya selagi terus kekal setia bersama syarikat telekomunikasi ini.

Bagi yang melanggan pelan Home Fibre 500Mbps dan 1Gbps bakal menerima peranti Mesh Wi-Fi 6 TP-Link Deco X20 secara percuma.Celcom Mesh Wi-Fi Deco X2

Manakala bagi pelanggan pelan Home Fibre 30Mbps, 100Mbps, dan 300Mbps boleh mendapatkannya secara ansuran 24-bulan dengan harga RM25 sebulan.

Selain itu, pelanggan Celcom MAX juga boleh mendapatkan Surface Go 2 LTE dan Surface Pro X dengan diskaun sehingga RM638.Celcom MAX Promo

Syarikat telekomunikasi ini juga telah melanjutkan penawaran Sharp Android TV yang menyediakan diskaun sehingga RM2,599 kepada pelanggan Celcom MAX.

Tidak ketinggalan, pelanggan baharu Celcom Max turut berpeluang untuk memilih mendapatkan langganan percuma selama 6-bulan untuk sama ada iQiYI, WeTV iflix, atau Dimsum.

Bagaimanapun, penawaran ini hanya dikhususkan kepada pelanggan yang memilih pelan Home Fibre 300Mbps dan ke atas bersama-sama promosi Celocm MAX ini.

Berdasarkan soalan-soalan lazim yang disediakan, promosi Celcom MAX tidak terdapat secara dalam talian dan hanya boleh didapati menerusi Celcom Bluecube, Rakan Niaga Celcom Yang Sah atau Pengedar Celcom Home Fibre. Selain itu, anda juga boleh mendaftarkan promosi ini dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Celcom.

Kunjungi laman web rasmi Celcom untuk keterangan lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.