Utama Komputer AMD Siri CPU AMD Ryzen 5000 Mobile untuk Laptop kini rasmi

Siri CPU AMD Ryzen 5000 Mobile untuk Laptop kini rasmi

199
0

Lanjutan dari pelancaran siri CPU Ryzen 5000 pada hujung tahun lalu, AMD hari ini secara rasminya telah melancarkan siri Ryzen 5000 Mobile.

Siri ini hadir selepas kejayaan siri Ryzen 4000 Mobile yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Untuk kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif AMD, Puan Dr. Lisa Su telah melancarakan tiga model baharu sini ini yang terdiri dari Ryzen 7 5800U, Ryzen 9 5900HX dan Ryzen 9 5980HX.

Ketiga-tiga model CPU baharu ini dibina berasaskan senibina CPU AMD 7nm Zen 3 yang menampilkan 8-teras dan 16-bebenang.

Apa berbeza adalah 5800U mengutamakan penjimatan tenaga, manakala 5900HX dan 5980HX pula mementingkan prestasi.

Secara amnya, pemprosesan mudah alih 5800U didakwa mampu bertahan jam penggunannya sehingga 17.5 jam dan 21 jam untuk kegutaan tontonan video pada sekali cas. Pemprosesan ini juga boleh dipertingkatkan jam kloknya sehingga 4.4GHz.

Seterusnya bagi 5900HX pula, pemprosesan ini boleh dipertingkatkan kloknya sehingga 4.6GHz, berserta Cache 20MB (L2 dan L3) dan TDP 45W. Manakalah untuk 5980HX pula, spesifikasinya masih lagi cuma dibezakan pada klok maksimumnya iaitu 4.8GHz.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat AMD, laptop-laptop yang bakal menggunakan pemprosesan siri ini dijangka hadir seawal di dalam bulan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.