Utama Teknologi Inilah yang terjadi bila bateri vape meletup dalam Poket Seluar

Inilah yang terjadi bila bateri vape meletup dalam Poket Seluar

1590
0

Seorang lelaki penghisap vape di Owensboro, Kentucky, Amerika Syarikat telah dikejarkan ke hospital akibat kebakaran yang berpunca dari letupan bateri rokok elektronik di dalam poket seluar beliau. Letupan berkenaan telah menyebabkan beliau melecur pada bahagian paha kanan.

Rakaman kamera litar tertutup di stesen minyak Shell tempat kejadian berlaku mendapati lelaki berkenaan sedang melakukan pembayaran dan secara tiba-tiba bateri vape yang diletakkan di dalam poket seluar beliau meletup dan menghasilkan percikan seperti mercun gasing hingga membakar seluar beliau. Akibat dari itu, beliau kucar-kacir lari keluar ke kaki lima premis berkenaan sambil cuba memadamkan api sebelum sempat diselamatkan oleh attendan stesen minyak dengan menggunakan alat pemadam api.

Punca sebenar bagaimana bateri rokok elektronik lelaki berkenaan meletup secara tiba-tiba masih lagi dalam siasatan.

Ini bukanlah kejadian pertama yang melibatkan bateri rokok elektronik. Oktober tahun lalu, penumpang dan krew penerbangan Malindo Air cemas apabila bateri vape atau rokok elektronik milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba. Kejadian berkenaan berlaku selepas pesawat jenis Boeing 737-800 terbabit berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2.

Akibat dari kejadian berkenaan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah mengeluarkan amaran keselamatan mengesyorkan semua operator penerbangan memastikan rokok elektronik dibawa penumpang di dalam kabin dan bukannya di dalam bagasi di ruang kargo.

-Sumber berita diperoleh dari CBS News

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.