Kuasa elektrik sukar diramalkan. Kadangkala, gangguan bekalan elektrik seperti pusuan kuasa (power surge) mampu merosakkan sesetengah perkakasan komputer anda hingga boleh menyebabkan kerosakan kekal terhadap komputer anda. Pelindung pusuan (surge protector) mampu mengurangkan risiko ini, namun kemungkinan untuk berlakunya kerosakan akibat pusuan kuasa tetap boleh berlaku.
Dalam keadaan ini, sebaik-baiknya biarlah kerosakan pada komputer anda berlaku setakat pada bekalan kuasa dan tidak melarat ke perkakasan-perkakasan lain seperti papan induk, storan dan sebagainya. Ini kerana, menggantikan bekalan kuasa komputer desktop adalah lebih murah dan mudah jika dibandigkan dengan perkakasan-perkakasan lain.
Jika anda tidak melakukan backup terhadap data-data anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memulihkan kembali fail-fail anda dengan menanggalkan hard disk desktop berkenaan dan memasangnya pada komputer lain yang elok.
Sebaik sahaja anda berjaya mendapatkan fail-fail anda (dengan anggapan kemalangan pusuan kuasa berkenaan tidak merosakkan storan hard disk anda), anda perlu menentukan bahagian mana perkakasan komputer desktop anda yang rosak. Caranya adalah dengan melihat bagaimana keadaannya sewaktu boot.
Komputer tidak dapat dihidupkan
Jika komputer desktop anda langsung tidak boleh dihidupkan – misalnya, tiada lampu, tiada bunyi kipas, bunyi ‘beep’ dan sebagainya – berkemungkinan besar papan induk komputer anda rosak. Tapi selalunya, menurut pengalaman saya, bekalan kuasa rosak pun boleh jadi juga. Jika bekalan kuasa rosak, menggantikannya adalah kerja yang mudah bagi komputer desktop. Namun, jika laptop, sebaiknya anda perlu membawa ke juruteknik komputer yang bertauliah jika anda tidak yakin untuk membuka sendiri kerangka laptop anda.
Jika komputer desktop anda kejap-kejap on, kejap-kejap off, berkemungkinan besar papan induk komputer anda mengalami masalah. Namun, terdapat sedikit kemungkinan masalah ini berpunca dari maklumat yang terdapat di dalam CMOS telah berkecamuk. Untuk mengatasi masalah ini, anda hanya perlu menanggalkan bateri (baterinya kecil sebesar duit syling; juga biasa digelar ‘bateri jam tangan’) CMOS berkenaan, biarkan untuk tempoh sekitar 5 minit, pasangkannya kembali dan on kan semula komputer anda. Insya Allah, kalau ada rezeki mungkin komputer anda akan pulih seperti biasa.
Tetapi, jika komputer anda masih lagi kejap-kejap on kejap-kejap off, masalahnya memang berpunca dari papan induk komputer anda. Untuk itu, anda perlu mendapatkan penggantian bagi papan induk berkenaan kerana tiada penyelesaian mudah bagi masalah ini.
Jika komputer anda berjaya dihidupkan sehingga ke peringkat memaparkan maklumat BIOS sahaja, atau timbul mesej ralat, kemungkinan besar hard disk anda rosak. Nak ganti hard disk dengan yang baru tu senang, nak dapatkan balik data dalam hard disk rosak tu yang susah. Selain dari nak pasang balik OS, program dan juga fail-fail penting lain. Kalau ada duit lebih sikit, mungkin anda boleh hantar ke pusat perkhidmatan pemulihan data (Data Recovery Centre) untuk mendapatkan kembali data-data anda.
-Artikel ini pernah disiarkan pada 11 Februari 2016, Imej cover diperoleh dari Tech Serv UK
Pernah terjadi dulu member punya terus tak boleh idup. rosak…
Leceh juga kalau jadi macam ni.. memang bole menimbulkan kemarahan
laptop saya dah lama rosak, x repair pun lagi….screen gelap, kat keyboard ada lampu kelip2… member kata graphic card problem,
Thanks a lot for sharing this with all people you really
recognise what you’re talking about! Bookmarked. Please additionally seek advice from my site =).
We may have a link trade contract between us
Great blog! Do you have any tips for aspiring writers? I’m hoping to start my own website soon but
I’m a little lost on everything. Would you propose starting with a
free platform like WordPress or go for a paid option? There are so many choices out there that I’m totally overwhelmed
.. Any recommendations? Thanks!
Every weekend i used to go to see this site, as i wish for enjoyment, for the reason that this this web page conations in fact nice
funny data too.
macam mana kalau semuanya ok tapi battery tak masuk?
Bateri laptop tak boleh nak charge ke? Biasanya ini disebabkan oleh masalah pada bateri laptop tersebut (bateri dah habis tempoh, rosak, etc). Masalah mungkin boleh diselesaikan dengan menggantikan bateri tersebut dengan bateri baharu.
Biasanya sebab bateri tu dah expired. Kena replace yang baru.