Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini telah melancarkan SFinancing-i secara rasmi, sebuah penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini sedia ditawarkan kepada semua pengguna aplikasi Shopee di Malaysia.

Pelancaran ini membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada pembiayaan tunai segera secara mudah dan terus melalui platform e-dagang tersebut.

Pembiayaan Segera Tanpa Dokumen Pendapatan

Direka untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna, SFinancing-i menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM20,000. Pengguna juga diberikan fleksibiliti untuk memilih tempoh bayaran balik yang bersesuaian sehingga 24 bulan.

Proses permohonan dilaksanakan secara 100 peratus digital tanpa memerlukan sebarang dokumen pendapatan dan tiada yuran pengaktifan dikenakan. Setelah diluluskan, pengguna boleh mengeluarkan dana tersebut serta-merta terus ke dalam akaun bank atau ke dompet digital ShopeePay Wallet.

Diperakui Penasihat Syariah

Bagi memastikan perkhidmatan yang telus dan berlandaskan kewangan Islam, SFinancing-i dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah Komoditi Murabahah atau Tawarruq (konsep urus niaga jual beli komoditi untuk mendapatkan wang tunai).

Perkhidmatan pembiayaan ini dikuasai oleh Monee Capital Malaysia menerusi kerjasama strategik bersama Sedania As Salam Capital. Selain itu, ia juga telah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak Masryef Advisory.

Promosi Pelancaran dan Syarat Kelayakan

Sempena pengenalan perkhidmatan ini, pengguna yang membuat pengaktifan dan permohonan pembiayaan untuk kali pertama akan menikmati promosi istimewa dengan kadar bulanan serendah 1 peratus.

SFinancing-i terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas. Pengguna yang berkelayakan boleh mengaktifkan kemudahan ini dengan mudah melalui tab “Me” di dalam aplikasi Shopee.

Pilihan SFinancing-i Xtra untuk Pembiayaan Lebih Tinggi

Bagi menampung keperluan dana yang lebih besar, Monee turut memperkenalkan kemudahan SFinancing-i Xtra. Penyelesaian ini menyediakan pembiayaan bertempoh sehingga RM50,000 dengan kadar bulanan yang lebih kompetitif iaitu serendah 0.75 peratus.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tahap tinggi ini pada masa ini hanya ditawarkan secara eksklusif kepada pengguna-pengguna yang terpilih sahaja.

Maklumat lanjut di sini.

Tinggalkan komentar