Utama Perbankan Pihak Bank perlu membayar ganti rugi kepada pelanggan yang menjadi mangsa scam...

Pihak Bank perlu membayar ganti rugi kepada pelanggan yang menjadi mangsa scam mengikut undang-undang baru Australia

244
0

Bank-bank di Australia akan diwajibkan untuk membayar ganti rugi kepada pelanggan-pelanggan yang menjadi mangsa penipuan, mengikut undang-undang baharu yang akan digubal, lapor agensi berita Xinhua.

Di dalam ucapannya di Kelab Wartawan Kebangsaan di Canberra hari ini, Penolong Perbendaharaan Stephen Jones menyatakan undang-undang sedia ada tidak banyak dapat membantu mangsa mendapatkan semula wang yang telah hilang.

Menurut beliau, dalam kebanyakan kes rakyat Australia tidak boleh mendapatkan semula ganti rugi dari penipuan berkenaan kerana telah ditipu untuk memindahkan wang tersebut menerusi transaksi yang disahkan.

“Kami akan mengambil perhatian terhadap perkara ini untuk memastikan mangsa dapat menerima ganti rugi mengikut saluran yang betul,” ujar Jones.

Kerajaan Australia pada Julai tahun lalu telah menubuhkan Pusat Anti-Scam Kebangsaan bagi membanteras kegiataan penipuan. Jones menyatakan usaha membanteras tersebut mula membuahkan hasil, namun pihak bank, syarikat telekomunikasi dan platform-platform digital lain perlu mengambil langkah pencegahan yang lebih baik.

Pihak bank, penyedia platform digital dan syarikat telekomunikasi bakal berdepan denda jika didapati tidak melaksanakan langkah pencegahan menerusi undang-undang baharu baharu yang diwujudkan bagi mengelakkan kerugian akibat penipuan.

“Jika terdapat pencerobohan kod, pihak bank, syarikat telekomunikasi atau platform digital akan dipertanggungjawabkan,” ujar Jones.

Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Pusat Anti-Scam Kebangsaan pada April lalu, penduduk Australia mengalami kerugian terkumpul berjumlah A$2.74 billion (RM8.18 billion) akibat penipuan pada tahun 2023.

Pengguna yang berusia 65 tahun dan ke atas merupakan satu-satunya kumpulan usia yang paling banyak mengalami kerugian akibat penipuan pada tahun 2023 berbanding 2024. Penipuan pelaburan merupakan penyumbang terbesar terhadap kerugian tersebut mencatatkan peratusan sebanyak 47.4%, diikuti oleh penipuan akses jarak jauh dan jerat percintaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.