Utama Android Samsung Samsung Galaxy S25 Ultra dijangka akan mempunyai lebih banyak RAM

Samsung Galaxy S25 Ultra dijangka akan mempunyai lebih banyak RAM

375
0

Minggu lalu terdapat ura-ura Galaxy S25 Ultra akan mempunyai kapasiti bateri yang sama 5,000mAh seperti model sebelumnya. Agak janggal apabila mengambil kira pengeluar-pengeluar lain berlumba-lumba menaikkan kapasiti bateri pada peranti masing-masing.

Baru-baru ini terdapat berita baik buat peminat Samsung apabila terdapat khabar angin yang mengatakan Galaxy S25 Ultra akan mempunyai RAM sebanyak 16GB menurut pentiris maklumat tegar dari China, Ice Universe. Peningkatan ini juga dilihat akan melibatkan varian-varian storan lain untuk model tersebut, sama seperti tawaran RAM 12GB pada semua varian storan S24 Ultra.

Sebelum ini Galaxy S25 Ultra dikatakan akan mempunyai perubahan besar pada reka bentuknya berbanding model sebelum ini. Ia dijangkan akan mempunyai sisi yang lebih membulat bagi membolehkan genggaman yang lebih selesa ketika memegangnya.

Kamera-kameranya juga akan mempunyai naik taraf yang ketara dan perkembangan ini sewajarnya menjadikan pengumuman rasminya pada sekitar lima bulan lagi amat dinanti-nantikan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.