Utama Telco Astro Astro Ultra Plug & Play Box tanpa Satelit dilancarkan dengan harga langganan...

Astro Ultra Plug & Play Box tanpa Satelit dilancarkan dengan harga langganan dari RM 49.06 sebulan

52
0

Astro pada hari ini telah melancarkan Astro Ultra Plug & Play Box yang menawarkan seluruh kandungan Astro tanpa memerlukan piring satelit.

Kandungan dari kotak TV ini boleh diakses menerusi sambungan internet tanpa memerlukan sambungan dari piring satelit seperti yang biasa ditawarkan oleh Astro sebelum ini.

Dari segi rekaan, kotak Astro Ultra Plug & Play ini mempunyai bentuk yang sama seperti kotak Astro Ultra dan Astro Ulti.

Lebih dari 60,000 kandungan video atas permintaan disediakan kepada pelanggan pakej Astro baharu ini. Selain itu, pelanggan juga ditawarkan akses storan secara awanan bagi kandungan-kandungan terpilih.

Untuk mendapatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi pakej ini, para pelanggan disarankan untuk mempunyai kelajuan internet minimum 30 Mbps sama ada secara Wi-Fi atau kabel ethernet.

Pelanggan boleh mendapatkan pakej Astro Ultra Plug & Play Box oada harga dari RM 49.06 sebulan melalui Starter Pack. Langganan pakej ini memerlukan pelanggan untuk mengikat kontrak selama 24 bulan dengan Astro.

Dalam perkembangan yang sama, Astro turut memperkenalkan promosi Super Pack Lite Movies. Melalui promosi ini, selain dari akses ke saluran-saluran pek Movies, pelanggan juga dapat menikmati Disney+ Hotstar dan HBO GO dengan harga RM96 sebulan.

Penawaran ini dilihat sebagai salah satu Astro mendepani cabaran penyediaan kandungan digital masa kini yang kian kompetitif. Ia juga mampu menyediakan kaedah alternatif akses ke kandungan Astro selain dari kebiasaan yang menggunakan piring satelit.

Kunjungi laman web rasmi Astro untuk keterangan lanjut mengenai Astro Ultra Plug & Play Box.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.