Utama Android Samsung Samsung Galaxy A22 LTE kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 899

Samsung Galaxy A22 LTE kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 899

38
0

Beberapa minggu selepas memperkenalkan varian 5G Samsung Galaxy A22, kini giliran Galaxy A22 LTE pula memasuki pasaran Malaysia. Sungguhpun mempunyai nama yang sama, terdapat perbezaan di antara varian LTE dan 5G bagi siri telefon pintar ini.

Misalnya, Galaxy A22 LTE menggunakan MediaTek Helio G80, manakala model 5G pula dilengkapkan dengan cipset yang sedikit lebih berkuasa MediaTek Dimensity 700.

Model LTE ini juga mempunyai skrin yang sedikit kecil HD+ 6.4-inci berbanding varian 5G yang mempunyai skrin FHD+ 6.6-inci. Namun, varian LTE ini mempunyai paparan yang lebih cantik melalui panel Super AMOLED 90Hz.

Di Malaysia, kedua-dua varian menawarkan storan dalaman 128 GB. Tetapi untuk RAM, varian 5G mempunyai RAM 8GB manakala varian LTE pula terhad pada 6GB sahaja.

Kedua-duanya juga mempunyai sensor utama 48MP bagi kamera belakangnya. Bezanya, varian LTE ini mempunyai empat sensor bagi kamera belakangnya yang terdiri daripada sebuah 48MP dengan OIS, ultra lebar 8MP, kamera berkedalaman 2MP dan makro 2MP.

Apa pun jua pilihan anda, A22 LTE dan 5G hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Untuk harganya, Galaxy A22 LTE dijual pada RM 899, kurang RM 100 berbanding harga Galaxy A22 5G.

Bersempena pelancaran Galaxy A22 LTE di pasaran tempatan, Samsung Malaysia memberikan pelapik lembut secara percuma untuk setiap pra-tempahan model telefon pintar ini. Kunjungi laman rasmi Samsung di Lazada dan Shopee untuk pembelian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.