Utama Apple Apple TV 4K dilancarkan; Kini dengan cip A15 Bionic, HDR10+, Harga dari...

Apple TV 4K dilancarkan; Kini dengan cip A15 Bionic, HDR10+, Harga dari RM699

260
0
Apple TV 4K 2022 Malaysia Price

Selain membuat mengumumkan kehadiran iPad dan iPad Pro baharu, Apple turut membuat kejutan di dalam acara yang sama dengan mengumumkan Apple TV 4K baharu.

Set televisyen baharu ini dilengkapkan dengan pemprosesan A15 Bionic dan berharga bermula dari RM699.

Pemprosesan A15 Bionic yang digunakan pada Apple TV 4K baharu ini dikatakan mampu menawarkan prestasi 50% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Justeru, ia menawarkan kadar responsif yang lebih cemerlang, navigasi lebih pantas dan animasi antaramuka yang lebih cun. Prestasi grafik juga 30% lebih pantas dari generasi terdahulu untuk menyediakan kepermainan yang lebih lancar.

Apple-iPhone-A15-Bionic Chip

Selain itu, turut disediakan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision bagi menyediakan warna yang lebih ceria seiring dengan asprisasi para penggiat seni. Pengguna juga boleh menikmati pengalaman teater rumah dengan Dolby Atmos, Dolby Digital 7.1, atau bunyi keliling Dolby Digital 5.1 untuk audio yang lebih imersif.

tvOS 16 juga akan diperkenalkan pada tahun ini dan Siri pada Apple TV akan menampilkan rekaan semula baharu yang mampu membuat pengecaman suara setiap pengguna.Apple TV 4K Malaysia 2022

Protokol rangkaian mesh bebenangnya mampu bersambungan dengan lebih banyak peranti pintar di rumah. Apple TV 4K ini juga kini mempunyai storan yang lebih besar sehingga 128GB bagi penyimpanan aplikasi dan permainan.

Harga Apple TV 4K di Malaysia

Buat masa ini tidak dinyatakan bilakah Apple TV 4K akan memasuki pasaran Malaysia. Namun, anda boleh membuat pra-tempahan secara dalam talian di Apple Malaysia pada harga seperti berikut:

  • Apple TV 4K with Siri Remote (WiFi, 64GB) – RM699
  • Apple TV 4K with Siri Remote (WiFi + Ethernet, 128GB) – RM799

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.