Utama Apple Apple dijangka akan perkenalkan Ciri Mentranskripsi Rakaman Suara dengan Bantuan AI, mirip...

Apple dijangka akan perkenalkan Ciri Mentranskripsi Rakaman Suara dengan Bantuan AI, mirip Samsung Galaxy AI

179
0
Voice Memo Transcription Apple iOS 18
Imej pengolokan fungsi Voice Memo Transcription iOS 18 dari Apple Insider

Fungsi mentranskripsi rakaman suara dan merumuskannya ke dalam bentuk nota padat melalui sokongan kecerdasan buatan (AI) sememangnya amat berguna untuk tujuan mencatat minit mesyuarat, mendengar ceramah dan juga kuliah.

Atas sebab itu, Apple dikatakan akan memperkenalkan fungsi tersebut menerusi aplikasi Voice Memos dan Notes di dalam iOS 18, menurut laporan Apple Insider. Kedua-dua aplikasi berkenaan juga dijangka akan mampu menyediakan ringkasan yang dijana oleh AI dari transkripsi tersebut.

Ciri tersebut sebelum ini pernah diperkenalkan oleh Samsung menerusi platform Galaxy AI pada siri Galaxy S24 yang dilancarkan pada awal tahun ini. Platform berkenaan ditawarkan melalui ciri Transcript Assist yang boleh didapati di dalam kemaskini antaramuka One UI 6.1 yang kini telah pun diperkenalkan pada model-model Galaxy lama dan juga pada sesetengah tablet siri Galaxy Tab S.

Apple dijangka akan mengumumkan iOS 18 di dalam acara WWDC yang dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2024. Amat menarik untuk kita lihat bagaimana fungsi yang amat bermanfaat ini dipersembahkan dengan gaya Apple pula nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.