Utama Rencana Galaxy AI – Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Siri Galaxy S24

Galaxy AI – Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Siri Galaxy S24

412
0

Peminat telefon pintar masa kini mungkin tidak dapat lari dari pandangan sinis mengenai perkembangan teknologi telefon pintar kebelakangan ini. Antaranya kehadiran model-model baharu yang tidak jauh beza dengan keluaran terdahulu dan mungkin mempengaruhi keputusan pengguna yang berhasrat menaiktaraf telefon pintarnya setahun sekali.

Hal ini kerana perubahan teknologi terutama perkakasan adakalanya mempunyai pasang surut yang boleh berlaku diluar kawalan manusia. Ada masa sesebuah teknologi itu boleh berkembang pesat dan ada masanya sesetengah teknologinya pula mungkin mengalami tahap tepu untuk berkembang lagi.

Kebelakangan ini, teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence, A.I) pula sedang mengalami kepesatan hasil dari ledakan teknologi maklumat. Syarikat-syarikat teknologi dunia berlumba-lumba menghasilkan teknologi kecerdasan buatan sama ada secara bersendiri atau secara kerjasama.

Penggunaan teknologi AI ini juga semakin meluas dengan implementasi pada produk-produk kegunaan harian termasuk telefon pintar. Samsung turut tidak terkecuali memanfaatkan teknologi tersebut dengan memperkenalkan platform Galaxy AI menerusi Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24 Plus dan juga Galaxy S24.

Di dalam era di mana telefon pintar telah berubah menjadi bukan sekadar peranti telekomunikasi semata-mata, siri Galaxy S24 tampil dengan Galaxy AI yang revolusionari. Pengalaman AI mudah alih transformatif ini direka bagi membantu urusan harian penggunanya.

Galaxy AI: Gabungan Inovasi dan Imaginasi

Mengorak jangkauan teknologi, Galaxy AI merupakan puncak inovasi yang dibangunkan secara dalaman dan dikuasakan oleh kolaborasi AI berasaskan awanan termajui. Siri Galaxy S24 memperkenalkan dimensi serba baharu pengalaman telefon pintar dengan pelbagai ciri yang canggih.

Call Assist – Memecahkan garis sempadan bahasa

Alami ciri Live Translate yang memecahkan garis sempadan bahasa ketika membuat panggilan dalam masa nyata dengan terjemahan secara dua hala. Kini anda boleh berborak dalam bahasa ibunda dengan lebih mudah dengan bantuan terjemahan Live Translate.

Anda boleh memilih dari 13 bahasa yang disediakan di dalam platform untuk membuat panggilan menggunakan Live Translate ini untuk mula menggunakannya.

Chat Assist – Penulisan dan Permesejan Gaya Baharu

Beri respon mesej anda di masa nyata dalam pelbagai bahasa dengan Chat Translation. Fungsi Style & Grammar yang disediakan pula dapat memastikan mesej anda dapat disampaikan dengan lebih tepat dan tampak profesional dalam pelbagai situasi.

Note Assist – Catitan Nota anda kini lebih tersusun

Tiada lagi nota yang bersepah! Fungsi Handwriting Auto Spacing & Alignment mengubah catitan anda kepada nota yang lebih tersusun dan kemas. Tidak cukup dengan fungsi Auto Format yang akan menjadikan ia lebih teratur, Galaxy S24 juga mampu memanfaatkan teknologi AI dengan membuat rumusan dan menterjemahkan nota-nota anda.

Photo Assist – Revolusi dalam Fotografi

Tingkatkan mutu fotografi mudah alih anda dengan alatan tersedia di dalam siri Galaxy S24 seperti Background Fill, Object Re-composition, Edit Suggestions, dan Instant Slow-Mo.

Tangkap, pertingkat dan perindahkan momen-momen fotografi anda dengan mudah melalui imej-imej yang menakjubkan lagi memikat hati.

Circle To Search with Google –  Carian lebih bergaya

Terokai carian yang lebih mantap dengan Circle To Search! Anda boleh melakukannya dengan melukiskan bulat di sekeliling imej yang anda ketemukan di dalam laman web, media sosial mahupun di persekitaran anda. Siri Galaxy S24 anda akan membantu anda membuatkan carian berdasarkan imej berkenaan dengan mudah.

Mulakan Pengalaman AI anda dengan tawaran Promosi Pra-tempahan siri Galaxy S24

Pra-tempahan siri Galaxy S24 telah pun mula dibuka dari 18 Januari 2024 sehingga 6 Februari 2024. Mulakan pengalaman epik anda dengan promosi eksklusif seperti:

  • Naik taraf storan berganda: Tingkatkan kapasiti storan anda dengan bonus bernilai RM500
  • E-baucar: Nikmati tambahan e-baucar RM500 untuk membeli-belah
  • Bonus Tukar-Ganti: Terima potongan sehingga RM500 apabila anda menukar ganti peranti lama.
  • Khas Pembelian dengan Pembelian (PWP): Dapatkan peranti boleh pakai dan tablet pada harga potongan sehingga RM800 bersama-sama potongan sehingga 45% untuk Samsung Care+ dan Aksesori.
  • Penjimatan tambahan dengan baucar Pulangan Nilai Pelaburan (ROI) tambahan sehingga RM400, boleh digunakan untuk promosi pra-tempahan.

Jangan lebpaskan peluang untuk menjadi yang pertama menyaksikan masa depan telefon pintar. Pra-tempahan Galaxy S24 Ultra, S24 Plus dan S24 boleh dibuat menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.