Utama Apple Apple mungkin “tiru” Samsung dengan memperkenalkan iPhone 15 Ultra

Apple mungkin “tiru” Samsung dengan memperkenalkan iPhone 15 Ultra

471
0
iphone-14-pro-promax-back

iPhone 14 baharu sahaja dilancarkan dan kini terdapat pula pelbagai ura-ura mengenai siri iPhone 15. Kali ini ia berkaitan dengan nama yang mungkin akan digunapakai pada iPhone keluarannya yang akan datang kelak.

Apple dikatakan mungkin tidak akan menggunakan nama Pro Max, sebaliknya akan menggunakan nama yang diinspirasikan dari pesaingnya yang menggunakan sistem operasi Android.

Tahun ini telah memperlihatkan Apple tidak lagi menawarkan iPhone Mini bagi memberi ruang kepada iPhone Plus. Perubahan baharu juga dijangka akan dilakukan menerusi iPhone 15 yang akan datang. Menurut wartawan Bloomberg, Mark Gurman menjangkakan Apple mungkin akan menamakan iPhone peringkat tertingginya sebagai iPhone 15 Ultra.

Dari perspesktif yang lebih luas, langkah ini selaras dengan penjenamaan untuk pemprosesannya Apple M1 Ultra yang digunakan pada Mac Studio. Malah nama Apple Watch Ultra juga digunakan pada jam tangan pintar Apple Watch Series 8 model tertinggi.

Apa pun, desas-desus ini masih lagi diperingkat terlalu awal untuk mengetahui sama ada ia benar-benar akan berlaku atau tidak. iPhone Ultra ini mungkin mengikut jejak langkah iPhone X yang membawa perubahan besar pada siri iPhone keluaran yang akan datang. Barangkali ciri-ciri baharu yang digemari pengguna seperti ciri port USB-C dan juga sistem kamera baharu akan diperkenalkan melalui model tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.