Utama Apple Apple umumkan Rekaan Semula Baharu “Liquid Glass”, Penamaan Ikut Tahun untuk Semua...

Apple umumkan Rekaan Semula Baharu “Liquid Glass”, Penamaan Ikut Tahun untuk Semua Platformnya

78
0

Apple menerusi ucaptama WWDC 2025 telah memperkenalkan rekaan semula baharu untuk semua platformnya, menandakan perubahan visual paling besar sejak iOS 17. Diperkenalkan sebagai “Liquid Glass,” estetika baharu ini tersedia untuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS bagi mewujudkan antaramuka tersusun dan moden yang menyerlahkan hala tuju rekabentuk Apple.

Liquid Glass diinspirasikan oleh rupa dan rasa platform Apple VisionOS, dengan menampilkan sistem visual yang lebih lancar dan responsif dengan permukaan separa-legap (semi-opaque) yang secara halus mencapahkan cahaya.

Antaramuka baharu ini juga mengherotkan elemen-elemen latar belakangnya disamping mengadaptasi warna di belakangnya bagi memberikan paparan lebih berkualiti untuk elemen-elemen seperti dok, ikon dan widget. Bucu membulat pada antaramuka-antaramuka penggunananya dan kemasan lembut yang digilap menyerlahkan lagi rasa kelancaran visualnya.

Bersama-sama pengumuman ini, Apple turut memperkenalkan tema visual baharu All Clear untuk kesemua platformnya yang berhubungkait bersama-sama Liquid Glass dengan kesan lutsinar diperhalusi yang beradaptasi secara dinamik terhadap cahaya dan warna.

Rupa baharu ini direka bagi menjadikan antaramuka lebih konsisten pada semua peranti disamping mengekalkan beberapa sentuhan unik setiap satu daripadanya.

WWDC pada tahun ini juga mendedahkan kaedah penamaan baharu Apple untuk platform-platformnya. Ia tidak lagi menggunakan nama seperti iOS 19 atau macOS 15, sebaliknya kemaskini baharu ini kelak akan dikenali mengikut tahunnya seperti iOS 26, iPadOS 26, macOS 26 dan sebagainya.

Menurut Apple, perubahan ini merupakan sebahagian usaha untuk menyelaraskan penjenamaan dan penyeragaman yang lebih baik untuk ekosistem perisiannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.