Utama Apple Apple mula naikkan harga semua model iPad di Malaysia

Apple mula naikkan harga semua model iPad di Malaysia

759
0
Apple iPad Malaysia Price 2022

Apple baharu sahaja pengumuman tablet baharunya iaitu iPad bersama-sama iPad Pro Generasi Ke-10 yang menggunakan cip baharu Apple M2. Rentetan dari itu, harga bagi iPad generasi sebelumnya pula dilaporkan mula dinaikkan di seluruh dunia kecuali di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada.

GSMArena menyatakan iPad mini 6 dilihat telah dinaikkan harganya ketika tempoh penutupan sementara Apple Store. Turut dinyatakan di dalam laporan berkenaan harga terkini iPad di Malaysia yang menyaksikan peningkatan di antara RM100 dan RM300 berdasarkan model.

Bukan harga iPad mini sahaja yang kini menjadi semakin mahal, malah harga iPad Air 5 dan iPad Generasi Ke-9 juga menyaksikan peningkatan harga sekurang-kurangnya RM100 untuk konfigurasi paling asas. Berikut adalah perbandingan harga bagi setiap model iPad di Malaysia dari semasa pelancarannya dengan harga terkini pada tahun 2022 ini:

Harga iPad mini 6 Malaysia

  • iPad mini 6 WiFi 64GB: RM2299 > RM2399
  • iPad mini 6 WiFi 256GB: RM2949 > RM3149
  • iPad mini 6 LTE + Wi-Fi 64G: RM2949 > RM3149
  • iPad mini 6 LTE + Wi-Fi 256GB: RM3599 > RM3899

Harga iPad Air 5 Malaysia

  • iPad Air 5 WiFi 64GB: RM2699 > RM2899
  • iPad Air 5 WiFi 256GB: RM3349 > RM3649
  • iPad Air 5 LTE + Wi-Fi 64G: RM3349 > RM3649
  • iPad Air 5 LTE + Wi-Fi 256GB: RM3999 > RM4399

Harga iPad 9 Malaysia

  • iPad 9 WiFi 64GB: RM1499 > RM1599
  • iPad 9 WiFi 256GB: RM2149 > RM2249
  • iPad 9 LTE + Wi-Fi 64G: RM2119 > RM2349
  • iPad 9 LTE + Wi-Fi 256GB: RM2769 > RM2999

Peningkatan harga ini sememangnya dijangkakan berdasarkan keadaan ekonomi global semasa yang kini sedang menyaksikan pengukuhan nilai Dolar A.S. berbanding nilai matawang lain. Cuma beban kenaikan harga barangan ini mampu memberikan kesan terhadap kuasa membeli pengguna termasuk di dalam barangan elektronik.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.