Utama Apple Apple dikatakan sedang membangunkan siri MacBook Harga Mampu Milik

Apple dikatakan sedang membangunkan siri MacBook Harga Mampu Milik

270
0
Apple MacBook Pro 2021
Apple Macbook Pro -Gambar Hiasan

Produk-produk Apple pada kebiasaannya tidak dianggap sebagai peranti berharga mampu milik oleh majoriti marhaen, terutamanya laptop Macbook. Pun begitu, laporan baru-baru ini menyatakan Apple sedang mengusahakan pengeluaran Macbook harga bajet bagi menyaingi penawaran Chromebooks di sektor pendidikan.

DigiTimes memetik sumber dalaman industri yang mengatakan Apple mungkin akan melancarkan siri produk baharu berkos rendah bagi membezakannya dengan siri sedia ada Macbook Air dan Pro.

Tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan dengan laptop kos rendah tersebut. Laporan berkenaan turut menyatakan bahagian luaran laptop Apple berkenaan akan diperbuat daripada logam, namun akan menggunakan bahan-bahan lain pada bahagian lain bagi mengurangkan kos.

Kemungkinan pemprosesan yang digunakan kelak mungkin dari generasi yang lama bagi tujuan pengurangan kos tersebut. Cuma, agak mustahil laptop tersebut menggunakan pemprosesan Apple M1 memandangkan ia dikirakan sebagai pemprosesan yang masih lagi berkuasa tinggi jika dibandingkan dengan generasi terkini.

Desas-desus mengenai penawaran siri laptop mampu milik keluaran Apple ini bagaimanapun memberikan harapan buat pengguna yang inginkan lebih pilihan dalam mendapatkan peranti untuk tujuan pembelajaran. Seperti biasa, khabar angin ini kekal menjadi tanda tanya selagi tiada kenyataan rasmi dari pihak Apple.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.