Utama Teknologi Televisyen Siri Xiaomi TV A dan A Pro kini rasmi; Harga bermula dari...

Siri Xiaomi TV A dan A Pro kini rasmi; Harga bermula dari RM1,199

68
0

Xiaomi telah mengumumkan siri televisyen pintar baharunya ke dalam barisan produk Smart Living keluarannya. Dikenali sebagai siri Xiaomi TV A dan A Pro, televisyen ini hadir dengan tiga saiz.

Kesemua model siri televisyen pintar ini mempunyai banyak persamaan. Dari segi luarannya, ia mempunyai rekaan bingkai yang nipis. Untuk perisiannya pula ia menggunakan Google TV selain turut menyokong Dolby Audio, DTS-X dan DTS Virtual:X.

Siri Xiaomi TV A ditawarkan dengan tiga saiz model iaitu 32-inci, 43-inci dan 55-inci. Memandangkan model paling kecil 32-inci akan dilancarkan kemudian selepas dua saiz yang lain dilancarkan, tidak banyak maklumat dikongsikan mengenainya buat masa ini.

Model bersaiz 43-inci didatangkan dengan resolusi Full HD, manakala model 55-inci pula merupakan TV beresolusi 4K. Kedua-duanya mempunyai kadar penyegaran semula 60Hz, namun hanya model 55-inci yang menyokong HDR. Ruang storan untuk kedua-dua model juga sama iaitu 8GB dengan kapasiti RAM berbeza antara 1.5GB untuk model 43-inci dan 2GB untuk model 55-inci.

Seterusnya untuk siri Xiaomi TV A Pro, ketiga-tiga saiz modelnya iaitu 43-inci, 55-inci dan 65-inci mempunyai kadar penyegaran skrin 60Hz, RAM 2GB dan storan 16GB. Penarafan kejituan warnanya juga lebih tinggi berbanding dari model bukan Pro. Menurut Xiaomi, TV A Pro ini mempunyai gamut warna 90% DCI-P3.

Harga Xiaomi TV A dan Xiaomi TV A Pro di Malaysia

Bersempena jualan 9.9 pada 9 September di kebanyakan platform jualan dalam talian, televisyen pintar ini turut akan ditawarkan pada harga diskaun.

Misalnya di Lazada yang menawarkan potongan RM300 untuk Xiaomi TV A 43-inci, dan potongan RM500 untuk Xiaomi TV A 55-inci. Anda juga boleh mendapatkan tawaran diskaun RM200 untuk semua saiz model Xiaomi TV A Pro di pameran Xiaomi Smart Living di Sunway Pyramid.

  • Xiaomi TV A 43-inci – RM1,199
  • Xiaomi TV A 55-inci – RM1,999
  • Xiaomi TV A Pro 43-inci – RM1,399
  • Xiaomi TV A Pro 55-inci – RM2,199
  • Xiaomi TV A Pro 65-inci – RM2,699
Artikel sebelum iniApple dikatakan sedang membangunkan siri MacBook Harga Mampu Milik
Artikel seterusnyaDoubleTree by Hilton Putrajaya akan kaji semula Harga
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.