Utama Apple Apple terus menguasai pasaran Tablet dunia melalui iPad – IDC

Apple terus menguasai pasaran Tablet dunia melalui iPad – IDC

318
0

IDC baru-baru ini telah mengeluarkan statistik pengeluaran terbarunya yang menunjukkan penguasan Apple di dalam segmen jualan tablet. Pencapaian ini hadir berikutan pelancaran iPad Air pada 2020 dan iPad Pro yang dipertingkatkan pada awal tahun ini.

Apple disasarkan akan mengeluarkan 12.9 juta iPad pada tempoh suku tahunan kedua, menurut IDC. Pesaing terhampirnya iaitu Samsung berada di tempat kedua dengan jumlah pengeluaran tablet nya mencapai 8 juta unit.

Penawaran tablet dari Samsung pastinya tertumpu pada tablet Galaxy Tab S7 yang menawarkan perkakasan menarik dengan skrin OLED yang mengkagumkan. Namun, kekurangan aplikasi khusus tablet dari Android sedikit sebanyak menghampakan sesetengah pengguna.

Seterusnya, Lenovo yang berada di tempat ketiga pula mencapai jumlah pengeluaran tabletnya pada 4.7 juta unit melalui Chromebooks dan tablet Chrome OS. Di tangga keempat pula ia dihuni oleh Amazon melalui pengeluaran sejumlah 4.3 juta tablet melalui Amazon Fire.

Jumlah pengeluaran PC dan tablet mencatatkan peningkatan mendadak berikutan penularan wabak pandemik COVID-19. Keadaan ini telah memaksa sebahagian pengguna melaksanakan cara kerja dan pembelajaran dari rumah.

Data dari IDC juga menunjukkan pengeluaran Chromebook telah meningkat sebanyak 68.6 peratus secara tahunan dan mencecah pengeluaran 12.3 juta unit pada suku tahunan kedua.

Pun begitu, peningkatan pengeluaran ini mungkin tidak berkekalan memandangkan dunia kini dibelenggu dengan kekurangan bekalan cip mikro. Kekangan ini dibimbangi akan menjejaskan pengeluaran peranti-peranti elektronik di seluruh dunia termasuk tablet.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.