iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max sebelum ini dilaporkan mengalami masalah melibatkan penggunaan kamera dengan aplikasi pihak ketiga. Ia mengakibatkan sistem autofokus atau OIS menjadi bergetar. Apple telah mengambil maklum mengenai masalah ini dan sedang mengusahakan pembaikannya.

Masalah ini juga menyebabkan rakaman video yang diambil menggunakan kamera terbabit tidak boleh digunakan. Apa yang lebih teruk, ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada perkakasan.

Hanya model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max sahaja yang dilaporkan mengalami masalah tersebut. Manakala iPhone 14 dan iPhone 14 Plus pula tidak mempunyai masalah seperti yang dilaporkan.

Penggunaan kamera pada aplikasi Camera yang terbina di dalam iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max juga didapati tidak mempunyai sebarang masalah. Ini menunjukkan masalah ini hanya melibatkan perisian terutamannya yang melibatkan aplikasi pihak ketiga dan bukannya perkakasan. Besar kemungkinan, masalah yang berlaku ini mungkin melibatkan ralat pada API kamera.

Jika iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max anda mengalami masalah tersebut, anda mungkin perlu berhenti sementara menggunakan aplikasi seperti TikTok, Instagram, Snapchat dan aplikasi-aplikasi lain yang seakan-akannya sehingga kemaskini pembaikan yang ditawarkan oleh Apple hadir pada minggu depan.

Tinggalkan komentar