Utama Apple Sesetengah Pengguna iPhone 14 dilaporkan tidak boleh menggunakan AirDrop dengan Kenalan

Sesetengah Pengguna iPhone 14 dilaporkan tidak boleh menggunakan AirDrop dengan Kenalan

292
0
iPhone 14 AirDrop Bug
Imej dari Macrumors

AirDrop didapati tidak dapat digunakan seperti biasa pada sesetengah iPhone 14, menurut laporan dari Macrumors. Masalah ini dilihat melibatkan kesemua model baik iPhone 14 mahupun iPhone 14 Pro.

Sejak iPhone 14 dan iPhone 14 Pro dilancarkan sekitar dua minggu lalu, telefon pintar terbaru dari Apple ini agak kerap dilaporkan mengalami masalah. Pun begitu masalah-masalah ini tidak melibatkan majoriti pengguna.

Bagi masalah AirDrop pada iPhone 14 ini, beberapa pengguna forum di MacRumors mencadangkan beberapa langkah penyelesaian. Antaranya, mengubah pilihan keterlihatan (visibilty) dari Contacts Only kepada Everyone.

Pilihan ini boleh diketemukan di dalam Control Center dan juga Settings di dalam iPhone. Selepas anda membuat perubahan tersebut, anda sepatutnya boleh menggunakan AirDrop untuk memindahkan fail dari iPhone 14 ke peranti kenalan anda yang berdekatan. Cara penyelesaian ini bagaimanapun dikatakan tidak berkesan untuk perkongsian kata laluan.

Apple dijangkakan akan menawarkan pembaikan bagi masalah ini dalam masa yang terdekat memandangkan ralat ini agak besar kesannya terhadap pengguna.

SUMBERMacrumors
Artikel sebelum iniDapatkan HONOR 70 pada harga RM36 sebulan dengan Digi Postpaid RM150
Artikel seterusnyaApple akan menerbitkan kemaskini pembaikan masalah Kamera iPhone 14 Pro minggu depan
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.