Apple telah melancarkan iPad Air 6 dengan dua saiz yang ditawarkannya iaitu 11-inci dan 13-inci. Selain dari pilihan saiz baharu, tablet ini juga menggunakan pemprosesan baharu Apple M2, berbanding Apple M1 pada model terdahulu.
Penggunaan pemprosesan berkenaan menjanjikan peningkatan prestasi 50% lebih baik untuk tablet baharu keluaran Apple ini yang kini menyokong penggunaan Apple Pencil dan Apple Pencil Pro.
Pengumuman di dalam acara Let Loose semalam juga turut memaklumkan iPad Air 6 didatangkan dengan kamera hadapan 12MP dengan orientasi lanskap. Kedudukan kamera seperti ini pernah hadir pada tablet siri Samsung Galaxy Tab S8. Kamera berkenaan juga dilengkapkan dengan teknologi-teknologi kamera Apple yang pernah diumumkan sebelum ini seperti ciri Center Stage.
Untuk model yang lebih besar di dalam siri tablet baharu ini, ia didatangkan dengan pembesar suara yang ditambah baik dengan peningkatan pada kualiti bunyi bass.
Isi Kandungan
Harga iPad Air 6 di Malaysia
Kedua-dua saiz iPad Air 6 didatangkan dengan pilihan storan yang sama iaitu 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB. Bagi model 11-inci harganya masing-masing adalah RM2,999, RM3,499, RM4,499 dan RM5,499. Manakala untuk model 13-inci pula harganya adalah RM3,999, RM4,499, RM5,499 dan RM6,499 masing-masing.
Harga iPad Air 6 11-inci
- iPad Air 6 11-inci 128GB – RM2,999
- iPad Air 6 11-inci 256GB – RM3,499
- iPad Air 6 11-inci 512GB – RM4,499
- iPad Air 6 11-inci 1TB – RM5,499
Harga iPad Air 6 13-inci
- iPad Air 6 13-inci 128GB – RM3,999
- iPad Air 6 13-inci 256GB – RM4,499
- iPad Air 6 13-inci 512GB – RM5,499
- iPad Air 6 13-inci 1TB – RM6,499
Setakat ini tiada maklumat bilakah iPad Air 6 ini akan mula dijual di pasaran Malaysia.