Utama Apple Apple umumkan iPad Pro baharu dengan Cip M4, OLED, Pencil Pro

Apple umumkan iPad Pro baharu dengan Cip M4, OLED, Pencil Pro

210
0

Apple pada hari ini telah mengumumkan model iPad Pro baharu dengan rekaan semula yang menampilkan cip M4, paparan OLED Ultra Retina XDR, pilihan paparan tekstur-nano dan sokongan Pencil Pro.

iPad Pro baharu ini menawarkan rekaan yang agak nipis dan pilihan paparan 11-inci dan 13-inci yang lebih besar sedikit. Model 11-inci berketebalan 5.3mm dan berat kurang dari 0.5 kilogram. Manakala model 13-inci pula hanya berketebalan 5.1mm dan seberat kira-kira 0.6 kilogram, lebih ringan dari model sebelumnya.

Apple juga menyatakan model baharu ini juga merupakan produk Apple paling nipis setakat ini. Ia menampilkan rekaan thermal yang dipertingkatkan hasil daripada lapisan grafit di dalam badan utamanya dan bahan tembaga pada logo Apple.

Paparan OLED XDR Ultra Retina iPad Pro menggunakan dua panel di dalam rekaan seiring bagi memberikan kecerahan skrin penuh yang lebih baik sehingga 1,000 nits untuk SDR dan HDR, serta 1,600 nits untuk kecerahan puncak HDR. Ia memberikan warna hitam yang lebih jitu dan nyata dengan lebih perincian untuk bayang-bayang dan kegelapan, serta sorotan yang lebih terang dan luminans yang dipertingkatkan. Ia juga lebih responsif untuk kandungan yang memaparkan pergerakan.

iPad Pro keluaran tahun 2024 dengan pemprosesan Apple M4

Cip M4 yang digunakannya pula dibuat menggunakan teknologi 3nm generasi kedua dan menampilkan enjin paparan baharu. Ia juga mempunyai pembayangan jejaring dijana perkakasan dan ray-tracing. Prestasi CPU olehnya juga mampu membawa 50% lebih pantasi berbanding M2 di dalam iPad Pro sebelumnya dengan prestasi pengolokan empat kali ganda lebih pantas.

Kamera hadapan 12MP iPad Pro telah dialihkan ke sebelah sisi peranti berkenaan bagi meningkatkan pengalaman panggilan video. Kamera belakangnya pula kini menyokong rakaman video ProRes dan Smart HDR 4. Ia juga kini menampilkan cahaya flash Adaptive TrueTone untuk imbasan dokumen yang lebih baik.

iPad Pro kini pertama kalinya tersedia dengan pilihan tekstur-nano. Bada peranti ini juga diperbuat daripada 100% bahan aluminium terpakai dan didatangkan dengan pilihan warna Silver dan Space Black. iPad Pro 11-inci dijual pada harga $999 (~RM4,733) dan 13-inci pula berharga $1,299 (~RM4,154).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.