Utama Mobile Android Android 13 dijangka akan menyokong 2 talian Telco dalam 1 eSIM

Android 13 dijangka akan menyokong 2 talian Telco dalam 1 eSIM

713
0

Google dilaporkan sedang mengusahakan fungsi baharu di dalam Android 13 bagi membolehkan dua talian telekomunikasi boleh digunakan dalam 1 eSIM.

Menurut laporan dari portal Esper, fungsi yang dikenali sebagai Multiple Enabled Profile (MEP) ini mampu memudahkan pengguna dwi-kad SIM bertukar-tukar talian di dalam peranti masing-masing.

Sebelum ini Google pernah mempatenkan kaedah pembelahan antaramuka SIM sedia ada kepada dua sambungan digital. Terdapat juga laporan sebelum ini yang mengatakan Google sedang mengujinya melalui perkakasan peranti Pixel.

Ini bermakna, jika kaedah ini berjaya dilaksanakan, para pengeluar boleh mengalih keluar slot kad SIM bagi menyediakan ruang tambahan perkakasan yang lebih luas. Antara yang dapat dimanfaatkan termasuklah ruang slot kad mikroSD atau bateri yang lebih besar sedikit.

Sungguhpun sumber ini mengatakan ciri ini akan diperkenalkan melalui Android 13, kaedah berkenaan tidak terhad pada peranti Android semata-mata. Ia juga boleh digunapakai pada sistem operasi lain seperti iOS dan juga Windows.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.